Assalam. Selamat pagi. Selamat tahun baru.

Alhamdulillah anak² kita dah masuk darjah 3 tahun ni. Kiranya masuk tahun ketiga bersekolah ??.
Saya just nak share pendapat sahaja. Mungkin pendapat saya salah. Saya mohon maaf..
Lepas ni, kalau ada kerja rumah, atau apa2 tugasan, keperluan, better tanya kan pada anak2 kita sahaja.. lets them learn.. Lets them try to ‘learn’..
Sebab saya duk perasan, ada ramai kalangan kita duk tanya (dulu masa darjah 1,2 ok lagi.. ni dah masuk darjah 3.. masih lagi ibu bapa yg tanya on behalf anak.. );
- Cikgu, baju apa nak pakai?
- Cikgu, hari ni ada kerja sekolah tak?
- Cikgu, esok ada PJ tak?
- Siapa yg dah siap salin BM tadi, boleh share tak..?
- Math ada homework tak?
- Pendidikan seni kena bawa apa ye ?
- Cikgu, saya letak duit belanja dalam bag sekolah anak saya, incase dia tak ingat. tq cikgu
dan sebagainya lah..
Sekarang anak kita dah darjah 3. Biarlah mereka terima maklumat dan ‘belajar’.. mungkin niat kita mmg nak anak² mendapat yang terbaik tapi pada masa yang sama pernahkah kita terfikir yang cara kita ini mungkin anak ‘melembikkan’ anak kita di masa depan.. mereka adalah pewaris negara kita.. kita mahukan generasi berdaya tahan dan punya atitude yang baik..
Kalau mereka lambat salin, biarkan mereka usaha disekolah dan usaha dgn kawan2 mereka.. kalau kita masih encourage utk ada alternatif lain kalau x sempat salin, mereka akan terus lambat menyalin lepas ini..
Bab homework pulak, kadang2 bila kita mintak share ‘siapa dah siap’ tu, nampak macam seolah kita menolong anak kita meniru pula.. biarkan lah anak kita usaha sendiri..
Kalau cikgu cakap pakai baju pj, then mereka pakai baju sekolah sbb miss communication, tak pa.. kena marah, kena denda.. Takpa.. Atleast next time diorang akan ingat.. they learn & remember..
Kalau cikgu x bgtau apa barang seni yg kena bawak, tugas anak2 kita utk bertanya.. biarlah anak kita belajar..
Pendapat saya ini pendapat peribadi.. sbb kadang2 ada benda yg anak2 kita kena buat tanpa bantuan kita utk mereka belajar..
Maaf kalau pendapat saya ini tidak sama atau tidak sesuai dgn pandangan tuan/puan.. sebab kadang² cikgu pun naik menyampah nak layan kerenah ibu bapa yang agak renyah macam ni..
Selamat tahun baru masihi 2019 guys ??
Love
Ayah
Read More