rinjani tagged posts

Segara Anak – Rinjani

E01_0077sGambar : Geng Sipoot

Tarikh : 22 Mei 2016
Lokasi : Segara Anak, Gunung Rinjani

Segara Anak adalah tasik di ketinggian 2000 meter +- gugusan gunung Rinjani, Lombok. Tasik hasil dari letusan gunung berapi Rinjani hampir 5000 tahun yang lepas. Segara bermaksud Laut dalam bahasa Jawa/Sasak. Jadi Segara Anak mungkin boleh saya maksudkan sebagai Laut Anak Rinjani. Mungkin lah.

Dengan air yang jerni dan dikelilingi dengan bukitĀ² sekeliling dan tunjang asas adalah kemuncak Rinjani menjadi permandangan di sini sangat cantik. Sangat cantik. Ditambah lagi dengan suhu yang rendah, bila bercakap siap keluar ‘asap’ lagi kat mulut tu. Terasa macam kat Lake Pukaki kat NZ tu hihihi. Cuma kebersihanan nya agak kurang. Sayang. Kawasan seindah ini kalau tidak terjaga...

Read More

Mendaki Gunung Rinjani – Teaser

E01_0724 Ini adalah batu. Yes, BATU! batu dari laluan Penyiksaan. Apa dia penyiksaan tu?

Assalamualaikum..

Pada 16-22 Mei yang lepas saya dan 3 orang sahabat telah mencuba ke puncak Rinjani, Lombok. Ye, mencuba ;). Cabaran ini sebenarnya dirancang pada 2015. Boleh baca kat sini Cabaran 2015. Tapi atas beberapa faktor maka tertunda lah ke 2016. Lewat tapi berjaya juga direalisasikan permulaan cabaran ini.

Sebenarnya benda ni adalah lanjutan dari Pendakian Kinabalu pada tahun 2014. Semangat datang pulak nak try Rinjani. Bukan sebab kami ni kaki hiking atau kaki outdoor pun. Tapi lebih kepada scenary Rinjani yang dikatakan sangat cantik. Kami kan suka mengambil gambar. Wanabe lah katakan hihiihi. So mungkin ini adalah pilihan yang tepat. Mungkin..

Dalam update selepas ini saya akan detailkan satu...

Read More