isa tagged posts

Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dilantik sebagai Pemangku Pengerusi FGV

Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob – Photo Ahmad Junaidi

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd mengumumkan peletakan jawatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi berkuatkuasa hari ini, 19 Jun 2017. Sementara itu, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dilantik sebagai Pemangku Pengerusi FGV, juga berkuatkuasa pada tarikh yang sama. Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, Isa berhenti sebagai Pengarah Dilantik Kerajaan dan beliau akan memberi tumpuan kepada urusan peribadi. Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Isa dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkuatkuasa serta merta.

Sumber BH

Read More