Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

ahmad junaidi tagged posts

3 Hari

Memang seminggu kita ada 7 hari tapi hakikatnya, kita hanya ada 3 hari sahaja. Hari SEMALAM – perkara yang telah lepas. Yang boleh kita jadikan iktibar, tauladan dan pedoman. Hari ESOK, yang mungkin kita tak jumpa, tak tahu apa yang berlaku dan hari INI adalah miliki KITA untuk semua, untuk persediaan hari ESOK dan seterusnya..

Assalamualaikum sahabat, Salam Jumaat semua

Love
RD

Read More

End of 2015 Performance by Amani & Friends

the years teach her much the days never know.
Girl, you’ve got to do your own growing, no matter how tall your dad was. And when life gets you down, just look at your kids and see what life has given you.. everythings.

E01_0495
E01_0360
E01_0226
E01_0237
E01_0023
E01_0607
Its was Amani’s performance. She does well.. enjoyed. Smile. kids is always full of inspired.

Read More

Banjir Temerloh, Pahang 2014

Pada 2hb Januari yang lepas saya berkesempatan dalam satu misi bantuan kepada mangsa banjir di daerah Temerloh, Pahang. Pada ketika itu daerah Temerloh merekodkan jumlah mangsa banjir teramai iaitu 19,875 orang daripada 4,831 keluarga di 62 pusat pemindahan.

Temerloh Flood Jalan dari Jambatan Temerloh ke arah Kg Awah telah boleh dilalui. Dari maklumat penduduk setempat, malam sebelumnya laluan hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Temerloh Flood Penduduk pulang melihat keadaan rumah setelah air mulai surut di beberapa kawasan sekitar Temerloh.

Temerloh Flood Antara rumah yang dinaiki air sekitar kampung di Chenor.

Temerloh Flood Limpahan Sungai Pahang menenggelamkan jambatan yang menghubungkan Kampung Awah dan gugusan Felda Jengka

E01_0301      Bot pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia membawa petugas dan penduduk. Limpahan Sungai Pahang menenggelamkan jambatan yang menghubungkan Kampung Awah dan gugusan Felda Jengka.

Temerloh Flood Petugas bantuan banjir menyediakan pek-pek makanan dan keperluan asas untuk diagihkan di kawasan yang terputus hubungan sekitar Chenor.

Temerloh Flood Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan rondaan sekitar Kampung Awah dan laluan ke Felda Jengka yang terputus hubungan akibat limpahan dari Sungai Pahang.

Temerloh Flood Sukarelawan bersedia untuk mengagihkan pek bantuan ke pusat pemindahan sekitar Kampung Paya Ladang. Limpahan air Sungai Pahang menyebabkan beberapa pusat pemindahan terputus hubungan darat. Kampung-kampung yang berada di kawasan persisiran Sungai Pahang seperti Jerantut, Kuala Krau, Temerloh dan Bera  dilanda banjir selepas Taman Negara Kuala Tahan dilanda banjir luar biasa.

Temerloh Flood Jalan utama antara Kampung Awah dan Pekan Awah dinaiki air sedalam hampir 1.5 meter menyebabkan hanya kenderaan berat dan pacuan 4 roda sahaja boleh melaluinya.

Temerloh Flood Helikopter pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia mendaratkan bantuan di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Afzan Chenor. Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Afzan ketika itu menampung lebih 700 mangsa banjir sekitar Chenor.

Temerloh Flood Penduduk kampung berhampiran Temerloh berjalan kaki untuk mengharungi jalanraya yang dilimpahi banjir.

Temerloh Flood Banjir di daerah-daerah negeri Pahang pada tahun ini dikatakan antara paling buruk pernah melanda. Kawasan yang berada di persisiran Sungai Pahang seperti Jerantut, Kuala Krau, Temerloh dan Bera dilanda banjir selepas Taman Negara Kuala Tahan dilanda banjir luar biasa. Banjir pada tahun ini dilaporkan adalah yang terburuk di Temerloh sejak 26 tahun lalu.

Temerloh Flood Stadium Temerloh dilimpahi banjir selepas hujan tanpa henti menyebabkan air Sungai Pahang melimpah dan memasuki bandar Temerloh.

Temerloh Flood Bandar Temerloh dilanda banjir selepas air Sungai Pahang di Temerloh mula melimpah ke penempatan penduduk di sini, pada 27 Disember 2014. Menurut penduduk banjir tahun ini merupakan banjir paling buruk pernah melanda daerah ini.

Temerloh Flood Kelihatan penduduk kawasan sekitar Temerloh mengambil kesempatan limpahan air Sungai Pahang untuk memasang jaring bagi memerangkap ikan yang hanyut bersama arus sungai.

Read More

AFF Suzuki Cup 2014 Final – The Ultras of Malaya

Nowdays, one thing that the Malaysian team never had to worry about during the tournament was support from this fanatic group. The Ultras Malaya lived up to their reputation by being ever-present at all of the Malayan Tigers’ matches.

The numbers have been rising steadily for Ultras Malaya, which was formed in October 2007 by a handful of frustrated Team Harimau fans. Back then, the national team was thrashed 5-1 (by China), 5-0 (Uzbekistan) and 2-0 (Iran) and finished bottom of the group during the AFC Asian Cup, which Malaysia co-hosted.

The wheels has been set in motion with Ultras Malaya preparing for a Tifo routine at the Curva in Stadium Bukit Jalil. You are bound to spot these fans in the stands, especially with their preferred uniform of black and yellow T-shirts and scarves.

Malaysian Fan

AFF Suzuki Cup Final 2014

Malaysian Fan

AFF Suzuki Cup Final 2014

AFF Suzuki Cup Final 2014i

AFF Suzuki Cup Final 2014

The Ultras

AFF Suzuki Cup Final 2014

The Ultras

AFF Suzuki Cup Final 2014

AFF Suzuki Cup Final 2014

AFF Suzuki Cup Final 2014

AFF Suzuki Cup Final 2014

AFF Suzuki Cup Final 2014

E01_0342

AFF Suzuki Cup Final 2014

Malaysian Fan

Malaysian Fan

AFF Suzuki Cup Final 2014

AFF Suzuki Cup Final 2014

Read More

Mendaki Gunung Irau

Assalamualaikum,

Kali ini saya kongsikan pengalaman ke Gunung Irau. Sebelum tu sedikit maklumat berkenaan gunung Irau ini. Gunung Irau merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur,dan mempunyai ketinggian 2,110 m (6,924 kaki). Gunung Irau merupakan puncak tertinggi di Cameron Highland dan ke 9 tertinggi di semenanjung dan ke 15 di Malaysia.

Nama: Gunung Irau
Ketinggian: 6924 kaki (2110m)
Tempat: Sempadan Perak/Pahang- Banjaran Titiwangsa
Lokasi: Brinchang, Cameron Highland
Tahap: Medium
Trek: Tanah gambut, batu dan akar kayu

Keistimewaan gunung:
1-Suhu sejuk sekitar 20-18 Celcius (masa saya mendaki)
2-Gunung ini terkenal kerana hutan lumutnya mcam Fangorn Forest dalam wayang Lord of The Rings
3-Boleh jumpa banyak jenis bunga dan periuk kera

22 Feb 2014 . Pendakian kali ini disertai oleh 6 orang semuanya. Saya dan anak saya Haykal, Eddy dan anaknya, FJ dan MD. Tiada perancangan awal untuk mendaki Irau ini. Dan ini adalah kali pertama kami ke sini. Asalnya ada yang ajak mendaki Bukit Kutu tapi bertukar ke Cameron Highland. Boleh juga kami bawa famili masing². Sambil² bercuti tu boleh lah kami mendaki.

Pendakian kami bermula lewat. Perancangan asalnya selepas subuh dalam jam 7 pagi kami dah bergerak namun atas faktor² keselamatan bumi maka lewat lah kami bermula. Sebelum bermula kami sempat bersarapan di Kea Farm. Saya dan MD – nasik goreng, FJ – mee hoon goreng, Eddy – teo panas, anak saya dan eddy – pau kaya dan milo. Ada sebab saya terangkan jenis sarapan pagi yang kami ambil. Nanti kita lihat.

Okeh, untuk ke Irau kami menggunakan track Gunung Brinchang. Ada sign board Mossy forest tu. Kalau dari brinchang ikut laluan ke Ladang Teh Boh Sg Palas. Ketika sampai di sini suhu begitu sejuk sekali. Walaupun dah hampir 9 pagi, suhu mencecah 16 celcius. Sejuk. Kami bersiap dan mula mendaki dalam jam 9.30 pagi. Permulaan pendakian kami mengikuti laluan tangga dan papan yang telah dibina sehingga lah sampai ke track tanah.

Track pada awalnya adalah mendatar dan ada sedikit naik turun. Mendahului adalah anak saya dan eddy. Mereka lebih ke depan dan saya mengekori mereka. Maklumlah, perlu ada orang dewasa bersama mereka. Eddy, MD dan FJ ada di belakang dengan cerita jam² g shock mereka. Untuk pengetahuan semua mereka adalah pengumpul jam g shock. Selebihnya banyak sesi bergambar ketika ini. Dengan suasana yang sejuk dan lumut di sana sini, track ini adalah sangat cantik pada saya. Lebih kurang 30 minit perjalanan kami sampai ke kawasan yang menurun.

DSC_4561Sesi bergambar di awal-awal perjalanan. Ketika ini semua kami mempunyai kamera di tangan. Track masih mudah dan tenaga serta semangat masih segar.

DSC_4576Ini pula gambar dari kamera Eddy. Gaya kena lebih hhahahaha.. perjalanan awal ini kami banyak juga berhenti apabila anak saya dan eddy yang mendahului berhenti untuk melihat tumbuhan yang jarang mereka temui. Periuk Kera.

E01_0496Untuk pengetahuan semua, dalam kebanyakan waktu, laluan awal ke Irau mempunyai isyarat telefon bimbit. Jadinya sekiranya kita nak update atau menghubungi seseorang tidak menjadi masalah. Saya menggunakan maxis tapi ada komplen dari Eddy mengatakan yang talian Celcom tidak sebaik Maxis.

E01_0495Pendahulu pendakian telah menjumpai Peiruk Kera pertama mereka. Ini adalah kali pertama Haykal melihat Periuk Kera secara live 🙂

DSC_4587Bergambar sementara menunggu pakcik² yang lain sampai. Hampir sepanjang perjalanan, laluan adalah dihiasi dengan lumut² yang segar. Sesekali suasana sejuk ditambah dengan angin gunung. Memang nyaman..

E01_0506Laluan yang mendatar..

E01_0512Oleh kerana cuaca yang sejuk (mungkin sepanjang tahun), maka lumut tumbuh sehingga ke atas pokok..

E01_0527Bermula laluan menurun. Kelihatan anak saya, Haykal menuruni track. Selepas track menurun ini bermula lah pendakian sebenar. Kata uncle yang saya jumpa dalam pendakian ini, sewaktu menuruni tadi adalah turun dari kawasan gunung Brinchang dan pendakian selepas ini barulah bermula Gunung Irau

E01_0520Track mendaki bermula..

E01_0537Anak Eddy dan Haykal (disebalik pokok kut hahaha- sebab depa dua orang ni memang di hadapan). Mereka berhenti bila suasana sunyi .. tunggu kami

E01_0502INi adalah periuk kera. Dan ini adalah kali pertama saya memegang periuk kera hehehehehe.. tangan saya lah tu 🙂

E01_0540Antara permandangan sepanjang perjalanan ini..

E01_0544Haykal melihat track yang bakal dilalui. Kalau kita nampak ada sekumpulan pendaki dihadapan kami. Mungkin mereka bermula awal dari kami. Ketika ini kami diminta untuk tunggu sebentar kerana ada antara ahli pendakian di hadapan perlu melepaskan ‘hajat kecil’. Itu normal dengan suasana yang sejuk. Kerjasama itu penting. Tak perlu laju²

E01_0548Lagi gambaran laluan pendakian. Dalam kebanyakan masa laluan adalah tanah gambar dan di penuhi dengan akar pokok. Jaga-jaga dengan keadaan yang licin. Ceritanya kalau musim hujan, selut sampai ke lutut. Kami ketika pendakian ini musim panas. Pun begitu selut dia boleh tahan lah ..

DSC_4613Kami berada tak sampai separuh pun pendakian. Muka senyum tapi badan sedang berasap tu. Di kawasan pendakian Irau ini, suhu yang rendah dan haba badan kita membuatkan badan kita seolah-olah berasap. Kalau tengok dari signboard tu kami baru melalui 800 meter untuk ke arah Irau  dan perlu mengadap 1.55km ke puncak Irau.

E01_0551Laluan pendakian diteruskan..

E01_0576Rehat kejap tunggu uncle² tadi. Sambil² tu kita selphi lah. Sepanjang pendakian ini, saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar. Dan mengambil gambar dalam ketinggian begini dan keletihan adalah sesuatu yang tidak sama dengan mengambil gambar di bawah sana.

E01_0585gambar mereka di antara laluan pendakian. Siapa lah nak ambil gambar saya pula ni..

E01_0593Kawasan ini adalah sebelum ke Anak Irau. Dalam 20 minit ke Anak Irau. Sebelah kanan kalau dari bawah. Ada kawasan yang dipenuhi dengan lumut termasuklah pokok² di sana.

E01_0595Kawasan yang sama, pandangan yang berlainan.

E01_0599Walaupun ketika ini jam dalam 11 pagi, namun embun di lumut² ini masih segar.

E01_0610Kadang² kita boleh jumpa variati warna sepanjang perjalanan. Tinggal lagi samada kita sedar atau tidak sahaja. Maklumlah bila dah penat, objektif kita nak cepat sampai dan berehat.

E01_0614Lagi laluan ke puncak ‘palsu’

E01_0626Dah dekat kalau sampai kawasan ini. Kejap lagi kita sampai ke puncak.

E01_0808Sudah sampai. Mini Irau atau Anak Irau ataupun Puncak Irau Palsu adalah hentian kami. Memang ramai yang berhenti di sini. Kawasan lapang yang boleh memuatkan dalam 30 orang dalam satu-satu masa. Ada kawasan lapang di sini yang boleh di buat camp site. Perjalanan kami dari awal ke sini mengambil masa sekitar 2 jam lebih.. Dari sini ke puncak Irau sebenar dalam 45 minit macam tu ..

E01_0812Haykal menunggu uncle² yang tak sampai² di Puncak Irau Palsu/Anak Irau. Perjalanan ke Irau ini tiada sumber air yang kami jumpai. Yang boleh diminum. Kalau ada pun kami memang tak tau lokasi nya di mana. Cuma kalau hebat boleh la perah air dari lumut2 tu hehehehe.. macam komando lah pulak. Moralnya bawa lah air yang mencukupi. Macam saya, air yang dibawa kurang. 2 liter untuk saya dan Haykal. Memang tak cukup. Kena sukat² dan lebihkan si anak.

E01_0629Dari Anak Irau ini, ada laluan menurun untuk ke Puncak Irau sebenar. Laluan menurun ini dalam 15-20 minit.

E01_0640Antara yang laluan yang perlu dilalui. banyak akar kayu dan track yang sedikit licin. Namun jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan alam kurniaanNYA ini..

E01_0645Satu benda yang pada saya menarik ialah.. walaupun berpeluh semasa mendaki, namun bila disulam dengan cuaca sejuk dan angin gunung, badan akan rasa segar. Tinggal lagi kalau ada yang kata tak penat tu saya salute lah. Saya memang penat. Tapi memandangkan anak² berada dihadapan, saya kuatkan jugak semangat.

E01_0655Periuk Kera

E01_0691Lagi laluan mendaki. View dari arah atas.

E01_0677Laluan pendakian yang pada saya tak puas mata memandang. Memang cantik. Ramai yang tulis (dari blog² yang saya baca), perjalanan ke Gunung Irau ini adalah semacam memasuk arena filem Lord of The Ring. Memang betul.. Mistik dan dengarnya ada juga dikatakan babak filem Puteri Gunung Ledang diadakan di sini.

E01_0676Lagi permandangan laluan ke puncak..

E01_0674Saya perasan yang jika semakin tinggi, laluan akan semakin lembab dari di awal tadi. Dan pokok² semakin renek serta kita boleh bau tanah yang kita pijak. Segar bau dia. Seperkara lagi.. sekiranya kita tak memakai sarung tangan, warna tanah dan pokok kayu yang melekat di tangan kita agak sukar untuk dihilangkan..

E01_0667Permandangan sepanjang laluan.. Kita akan melalui lereng² yang agak curam. So berhati-hati lah.

E01_0665Periuk Kera lagi. Seronok pulak saya captured gambar periuk nih hehehe.. kebetulan pula asyik  terjumpa je tumbuhan ini. So saya shoot lah. Sikit info tentang Periuk Kera ini. Nama sainsnya Nepenthes. Biasanya tumbuh di tanah berasid, dan kekurangan nitrogen. Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya.

E01_0749Ha amcam .. bergambar sebentar .. Tanah kawasan pendakian ini sangat lembut. Kalau kita cuba meloncat locat.. terasa seolah olah ianya tidak padat.. mungkin timbunan lumut dan daun-daun mati.

E01_0744Encik FJ dengan bag barunya melalui denai² Irau 🙂

E01_0737Tuan Haji Eddy in action

E01_0731YB MD sedang mengerah keringat untuk ke Puncak

E01_0726Alhamdullilah .. ini lah Puncak Gunung Irau. Permandangan dari puncak. Angin yang agak kuat ditambah dengan suhu yang agak sejuk. Anak saya Haykal dan eddy’s daugther tiba lebih awal. Mungkin dalam 15 minit awal. Saya tiba dalam jam 1.00 tgh. So perjalanan naik mengambil masa lebih kurang 3 jam ++.

E01_0723Sampai di atas perut pun lapar. Maka kami dengan hebatnya melantak sorang sekeping sandwish oleh MD. Adus .. mana nak cukup. Haykal request untuk roti bakar. Mana nak carik. Nasihat saya supaya, bawa lah makanan. Kalau boleh nasik ke .. makanan tengahari. Bukan apa, perjalanan turun nanti juga memerlukan tenaga. Ada juga kumpulan yang sampai dah memasak di atas ni. Masakan yang simple – macam maggi lah kut.. Awal pagi tadi ada antara kami yang minum sahaja. Nasib lah eddy ada bawa roti dan saya ada bawa biskut. Biskut ni memang spare saya dalam bag untuk anak saya tu. Dia bab makan ni ada susah sikit.  Boleh juga nak tambah². Pendaki yang lain pula saya lihat siap ada nasi lauk ayam+kari+telor rebus+epal .. fuhhh rasa nak mintak sikit jek hahahaha

E01_0717Selphi satu kali..

DSC_4658K.A.M.I versi Ayah & Anak di Puncak IRAU 22 Februari 2014

DSC_4654K.A.M.I versi penuh. Syukur kami semua selamat sampai ke puncak Irau ini. Alhamdullilah ..

Setelah berehat, dalam jam 2 petang kami turun. Melalui trek yang sama. Menurun memerlukan tenaga yang tidak kurang hebat sama juga macam mendaki. Dengan kurangnya zat akibat tiada makanan yang cukup kami semua sedikit keletihan. Bukan sedikit memang letih sangat. Tapi haykal dan anak eddy tetap steady.

E01_0755Laluan turun kami adalah laluan yang sama semasa mendaki. Namun kadang² view yang kita perolehi adalah tidak kelihatan sama walaupun tempat yang serupa.. Jagalah Hutan Kita. Jangan kotori mereka. Laluan ini memang best untuk bergambar .. Jangan lepas kan peluang inikalau anda ke Irau.

E01_0756Lagi gambar mereka. Saya dalam perjalanan turun (Eddy dan FJ masih di belakang dan MD tak bawak kamera) mengharapkan agar Eddy dan FJ akan shoot lebih banyak gambar untuk koleksi. Tapi pada masa yang sama saya agak lah yang mereka akan simpan kamera kerana dah letih.. memang tak dak mood nak shoot kalau dah letih nih. Kalau nak setting tu pun dah naik malas. Apapun harapan tetap saya sandarkan pada mereka 🙂

E01_0781Walauapun namanya menurun.. ada ketikanya .. akan ada laluan mendaki. Jadi jangan assume bila menurun akan terus turun.. akan ada naik turun nya… Saya kira (mungkin), selepas turun dari Irau dan mendaki ke Anak Irau, akan ada hampir 3-4 perjalanan yang turun naik.. Getir jugak lah dengan tiada tenaga dan nafas pendek macam kami ni..

E01_0804Perjalanan turun saya bersama-sama haykal dan eddy’s daughter. Laju betul anak-anak ni .. dan kita perlu sentiasa berada dekat dengan mereka. tak boleh dibiarkan. Fj dan eddy sedikit kebelakang. Ini Kerana FJ mengalami sedikit kecederaan kaki. Kami selalu berhenti .. dengan harapan jarak antara kami akan semakin closed. Selphi kejap 🙂 Untuk kenangan ..

E01_0805Lagi laluan .. yang mendaki

E01_08191.4 KM to go .. kamon. Lepas dari gambar ini saya simpan dah kamera. penat dah nak usung. so teruskan perjalanan sehingga jumpa tangga akhir sebelum kami bermula. Tip agar tidak sesat adalah – sepanjang perjalanan kita akan jumpa batu sempadan Perak/Pahang.. susuri batu sempadan ini dan insyaallah. Tapi apapun jika tidak confident .. boleh lah gunakan guide dan mereka yang lebih faham suasana hutan ini .. berdoa dan hati mau baik..

E01_0841Dalam jam 6.00 ptg macam tu kami tiba di permulaan pendakian tadi . Jadi perjalanan turun pun mengambil masa dalam 4 jam juga… tapi memang kami banyak berhenti berehat. Minum. Ambil gambar. Gambar ini saya shoot sewaktu sampai dari gunung irau. waktu pagi agak berkabus. so tiada view.

E01_0845Permandangan sekitar kawasan tangga di gunung Brichang

E01_0852Sempadan negeri Seladang dan negeri Gajah

E01_0855Tangga menurun ke parking kereta

E01_0858Hasil tuaian hari ini… sedap..

E01_0870Akhir sampai dan amat² bersyukur. Terima pada sahabat yang sama² ke aktiviti kali ini. Masa ni dalam jam 6.00 ptg mcam tu. Sejuk. Masih lagi menunggu FJ dan Eddy. Kaki FJ injured so ada sikit kelewatan. Saya ada call mereka untuk memastikan yang mereka ok. Dan dari nada suara nampak nya mereka OK. . Apapun sepanjang perjalanan turun tadi – dalam hati cakap sudah lah tak mo lagi naik Irau. Penat wooo tapi semasa saya menulis blog ini – macam nak repeat balik jek hehehehehe..

Secara Ringkasnya ;
Masa perjalanan Mendaki : 3 jam -+
Masa perjalanan Turun : 4 jam -+
Minuman :
Kena bawak air yang cukup – macam saya kalau 2 liter – 3 liter itu keperluan yang selesa saya. Orang lain saya tak tau macam mana. Sumber air saya tak tau di mana – so bawa air siap-siap.
Makanan :
Makanan pula, sebaik sarapan pagi dahulu. Tapi jangan lah makan bangsa penuh sangat. Susah pula nak bergerak nanti. Untuk sepanjang perjalanan boleh lah beli makanan penambah tenaga seperti cokelat atau pisang. Tengahari pula kena bawa lah bekalan makan seperti roti, buah, nasi atau apa² yang sesuai. Perjalanan turun tetap memerlukan tenaga.
Lokasi: Track ke Irau sangat² cantik. Sangat² cantik .. susah mau cerita.. kena rasa sendiri 🙂

Selain berehat, banyak juga masa saya akan berhenti untuk mengambil gambar. Pada saya (orang lain saya tak tau la) tak perlu laju², cukup sekadar mencapai tujuan kita. Lagipun saya memang tak boleh laju dah. Itu lah kemampuan saya ketika itu. Sambil saya shoot gambar, sambil berehat sebenarnya…

Itu saja lah catatan kali ini.. semoga dapat membantu pada mereka yang berminat nak ke Irau. Kalau tak banyak sikit. Assalamualaikum 🙂

Read More

Gunting Rambut

Assalamualaikum WBT..

Posting kali ni saya berkongsi dengan GUNTING RAMBUT. Mungkin bagi sesetengah orang perkara ini kecil tapi pada saya yang kecil ini lah yang mampu saya kongsi. Dan paling penting, insyallah – kalau anak² saya dah besar nanti depa boleh baca dan boleh lihat kenangan mereka.

Kalau dulu, saya gunting rambut di kampung, guna gunting dan ‘ketam’. Kadang² tu sakit macam tertarik tarik rambut. Lagi² di area dekat² telinga tu.. ni kalau pakai ‘ketam’lah. Tapi sekarang dah moden .. pakai mesin je. Cepat, kemas dan mudah.

Haykal & Hakim kalau gunting rambut memang tak suka gunting di mamak (kedai gunting di KL ni banyak diusahakan oleh mamak/indian). Mereka lebih suka kedai gunting indonesia.Di Keramat lebih spesifik. Saya pun dah lama, sejak cari makan di KL ni memang gunting di Keramat ni saja. Dekat dengan laluan ke rumah. Dan Haykal & Hakim jugak tak suka pisau aka cukur.. mereka lebih suka trim kasi nipis² tanpa melibatkan pisau.. saya ok asalkan menepati piawaian sekolah.. ini antara yang sempat saya rakam sebelum cuti tahun baru cina baru² ini.

E01_0368

E01_0375

E01_0376

E01_0372

E01_0396

E01_0393

E01_0387

E01_0384

Read More

Young Tiger stunned Ryukyu

Harimau Muda A (U23) got the perfect boost ahead the Myanmar SEA Games after beating FC Ryukyu 3-1 in their final friendly match at the MBPJ Stadium on Wednesday night. Goals for this young tiger was giving by strikers A. Thamil Arasu – 47th and Mohd Rozaimi Abdul Rahman’s  – 51st and 92nd minute. Its was completly to overcome an opened goal of the match scored by Shunta Takahashi in the 14th minute at first half time. This team will leave to Naypyitaw for the SEA Games on Sunday to defend their football gold medal. Malaysia have been drawn in Group A with Vietnam, Singapore, Brunei and Laos while in Group B are Indonesia, Thailand, Timor Leste, Cambodia and hosts Myanmar.

E01_0257

E01_0188

E01_0137

E01_0135

E01_0101

 

Coach Datuk Ong Kim Swee said he was satisfied with the improvement shown by his players, but admits there are still some areas for improvement. “I believe this team is more concerned with not only the game but also the spirit to fightback ” he said.

E01_0296

 

Read More