Category Travel

Ouchhh its 2016 ;)

Assalamualaikum ..

First posting for 2016. The photo’s comes from end year 2015 vacation with my family..

E01_0065a
E01_0383 copy
E01_0645A

Read More

throw back – the october 2010

sometimes we not realizes how beautiful it is to travel until we comes home and rests our head on his old, familiar pillow… and then the best things are when we learn something along the way..

FLY_5546

Read More

Donkey Ears Peak Kinabalu

This is the Donkey Ears before its gone.

The iconic Donkey’s Ear Peak at Mount Kinabalu has been destroyed due to the tremors on 5 Jun 2015 morning. Tjis photo was taken by me a year before. hrmm I do miss Sabah and Kinabalu ..

 

Donkey Ears Peak Kinabalu

Read More

Sultan Abdul Samad Building

Sultan Abdul Samad Building is located in front of Dataran Merdeka and Royal Selangor Club, along Jalan Tunku Abdul Rahman with unique Moorish designs and clock tower is widely photographed by visitors to the Kuala Lumpur city centre.

It was completed in 1897 by A.C. Norman. During the time of the British administration in Malaya, it was used to house several government departments.

The building is decorated with colourful lights and flags. The historic Dataran Merdeka, where the Union Flag was lowered and the Malayan flag hoisted for the first time on 31 August 1957, is also just across the street from the Sultan Abdul Samad building.

Sultan Abdul Samad Building

Read More

JobStreet Survey June 29 2015

RDP_1858

from 1,454 employees surveyed :-
40% said they would need 10 – 20% increments to salaries
36% claimed their salaries need to go up 20 – 50% to soften effect of the tax
63% voiced need for petrol allowance
35% considering job change
33% looking at part-time and freelance jobs.
(JobStreet Survey June 29 2015)

Read More

Teaser EDP COTI – Korea

E01_0441

Assalamualaikum ..

Lama tak update blog. Lepas ini saya akan update berkenaan dengan penyertaan saya ke Executive Development Program ke Central Official Training Institute di Korea (COTI). Banyak pengalaman dan pelajaran yang saya timba sepanjang 2 minggu saya di sana. Dengan kawan² baru dari pelbagai agensi dan juga kenalan dari Korea, ianya sangat menarik pada saya untuk saya kongsikan. Mana lah tahu kalau ada yang berminat nak membaca.

Untuk pengetahuan, program ini adalah kerjasama kerajaan Malaysia dan Korea. Program Pembangunan Eksekutif di Central Official Training Institute (COTI) Negara Korea Selatan yang ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini diadakan selaras dengan visi dan Dasar Pandang ke Timur oleh Kerajaan Malaysia. MOU (Memorandum of Understanding) di antara Malaysia dan Korea Selatan telah ditandatangani pada tahun 1983. Batch pertama adalah pada 1984. Setakat ini terdapat seramai 1,241 orang pegawai yang telah terlibat dalam program ini.

Antara lain objektif program ini adalah bagi berkongsi pengalaman pembangunan bilateral antara kedua-dua negara. Saya amat bersyukur kerana terpilih ke Korea bagi program ini. Selama hampir 2 minggu ++ di sana, saya banyak mempelajari budaya dan cara hidup masyarakat Korea. Nanti kita sambung..

Read More

Mendaki Gunung Kinabalu – Part 5 :: Meniti ke Puncak tertinggi Kinabalu – Lows Peak

Assalamualaikum ..

Okeh lajutan dari  Part 4 malam itu memang saya tidak boleh melelapkan mata. Seawal jam 7.30 dah mula baring, bergolek kiri kanan memang payah nak lelap mata. Tapi tenaga kena re charge semula. Dalam pada golek kiri kanan itu, terlelap dan terjaga dalam jam 9 apabila wife saya call. Pelik bila saya kata yang saya dah masuk tidur. Sebab kalau di rumah – malam masih muda hahaha. Lepas saja dari my wife call memang lagi susah nak terlelap. Pusing kiri kanan, berangan macam² siap ada pulak yang mengingau ke apa ntah (identiti dirahsiakan hahaha).

Mungkin betul dari bacaan saya, jika kita tidak biasa dengan ketinggian antara yang bakal berlaku adalah kesukaran untuk tidur walaupun badan memang penat. Dan seperkara lagi yang saya baca adalah – jika kita dari aras yang lebih rendah dan sampai ke tempat yang lebih tinggi, maka jangan tidur terus. Tidur setelah hilang sedikit rasa penat. biarkan paru² kita mengadapasi sedikit udara nipis itu. Ini tips saya dapat sahabat yang pernah ke Everest Base Camp- Yusnizam.

Jam 1 pagi saya sudah terjaga. Memang tak boleh nak lelap mata. bangun, masak air. Buat air teh. Saya antara yang terawal bangun. Badan masih terasa letih. Jamah sedikit roti. Selera ada kurang sikit. Kami dijangka mula mendaki ke Lows Peak seawal jam 2.30 pagi. So sementara menunggu gate ke Sayat-sayat dibuka, saya bersiap. Tengok apa² yang patut ditinggalkan.. bawa yang penting aje. Air 2 botol, kamera (wajib), pisanng ( ambil petang tadi di cafeteria Laban Rata), cokelat dan AIR BUAH. Haa air buah dalam botol tu. Sebagai motivator untuk ke puncak. Dapat sampai puncak baru minum hahahaha.

DSC_5544Untuk mendaki ke puncak, saya memakai long john, baju t shirt dan sweater bulu angsa (FJ beri pinjam). Seluar hiing saya tak ada, saya just sarungkan seluar long john dan seluar joging di bahagian luar. Memang sejuk time ni. Stokin dan pakai kasut cepat². Konon² tak mahu beri haba hilang.. menjadi jugak cara ini.

Dalam jam 2 pagi, Matius tiba dan kami diberikan briefing berkenaan dengan pendakian sebentar lagi. Keselamatan will no 1. Kalau tak larat sila maklumkan. Berhati-hati. Laluan akan menyusuri tali dan akan ada tangga dan tebing gaung. Amboii .. seriau juga nih. Dan dalam jam 3 pagi macam tu kami mula mendaki setelah pagar ke Sayat-sayat dibuka. Sebelum itu, FJ hampir² tidak mengikut kami tapi saya cakap pada dia – alang² dah sampai nih kalau rasa OK boleh teruskan. nanti kecewa sensorang duk bawah nih. So nampak gayanya macam dah OK, telan ubat yang eddy bawa dan rehat cukup kut .. maklumlah tidur awal tu .. so kami semua akan mendaki ke puncak.

E01_0601Pendakian ke puncak bermula dengan menaiki tangga. Tangga yang kategori tegak tak ingat punya sejauh 700 meter. Memang tegak. Dalam keadaan gelap dan hujan rintik² dan sejuk … memang getir.. nafas masa tu memang dah macam nafas kuda kut.. laju semacam. Mula² dapat lah control lepas 15 minit dah ke laut.. kejap ikut hidung kejap ikut mulut.. asal boleh bernafas lah. ada antara pendaki yang muntah.. mungkin terlalu penat atau apa saya tak pasti.. masa ini saya duk pikir, kenapa lah tak buat eskelator.. hahahaha

Selepas tangga, kami melalui laluan bertali yang berada betul² di tebing tinggi. Pendaki dinasihatkan untuk himpit ke sebelah kiri, kerana sebelah kanan kita adalah jurang.. malam memang tak perasan, semasa turun baru nampak sebab dah cerah, memang curam. Di sini agak lama kerana pendaki perlu mendaki seorang demi seorang. Dalam gelap (jangan lupa headlight- ini sangat penting). Selepas dari tebing, pendakian diteruskan hingga ke Sayat-sayat. Boleh saya katakan yang laluan adalah menaik terus menerus. Dengan cuaca sejuk dan udara semakin nipis, kita akan cepat letih dan akan MENGANTUK!!. Yup betul.. kita akan mengantuk.. jadi hati². Sebab laluan adalah berbatu dan dengan embun, kemungkinan ianya licin.

E01_0597Eddy melepasi tali di kawasan tebing. Masa ini nafas dah macam motorbot. Maklumlah orang kuat exersais .. ini lah ubat nya hahaha.. Laluan ini adalah sebelum Sayat-sayat. Saya tiba di Sayat-sayat pada sekitar jam 4.00 pagi. Berehat, daftar di Pondok Renjer dan meneruskan perjalanan.

E01_0607Headlight adalah sesuatu yang sangat penting. Ini kerana laluan ke puncak pada aawal pagi adalah terlalu gelap. Seperkara lagi, baju hujan. Incase kalau hujan. Cuaca di sini tidak boleh dijangka. Bersedia kata orang tu.

E01_0612Sememang nya begini. Dengan jumlah pendaki yang ramai, kita perlu beratur dan tidak tergesa-gesa. Sekiranya kita di depan dan mahu berehat, bagi laluan kepada mereka yang ingin ke hadapan. Laluan ke puncak disediakan tali sebagai panduan pendaki. Laluan ini adalah selepas Sayat-sayat.

E01_0640Berdekatan Kilometer 8. Ketika ini jam menunjukkan lebih kurang 5.30pagi. Saya banyak berhenti dan berehat. Penat dan mengantuk. Sekiranya saya tiba di puncak sekarang (dalam 600 meter lagi) , mungkin dapat menyaksikan matahari terbit. Tapi tak sampai pada masa tu. Tapi tak pa saya bukan rushing ke puncak. Cuma lebih nak ambil gambar.. memang saya banyak berhenti mengambil gambar… dan letih jugak sebenarnya hahahaha.

E01_0653Kelihatan pendaki yang baru sampai berhampiran Kilometer 8 sebelum ke puncak. Di sini – sebelah kiri sewaktu menuju ke Lows Peak, adalah lokasi South Peak. Apa dia South Peak nih?

E01_0660Haa ini dia .. South Peak aka Puncak Selatan atau ramai yang gelar sebagai Puncak Duit Singgit. Sebab Puncak ini ada pada RM 1. Saya pun sebenarnya teruja jugak. banyak jugak lah gambar di sini. Macam² aksi. Tempat ini memang menjadi tumpuan. So jika anda ke Kinabalu selain dari Lows Peak, di South Peak adalah lokasi wajib bergambar. Kenangan.

E01_0667Haa macam ni. Kenangan berlatar belakangkan South Peak aka Puncak Duit Singgit

E01_0686Setelah selesai posing di KM 8, saya meneruskan perjalanan ke puncak. Kalau dari tempat saya bergambar tadi – kita boleh nampak Puncak teringgi Kinabalu adalah di sana ( yang ada cahaya matahari itu) dan kita boleh nampak tali sebagai panduan dan pendaki mengikuti tali tersebut untuk ke puncak. Sayup je nampak puncak kinabalu masa ni. Orang pun nampak kecil² macam semut hahahaha, nampak jauh betul puncak tu .. okeh jom kita ..

E01_0695Sebelum meneruskan perjalanan ini adalah pandangan South Peak dari sebelah atas. nampak tak ada pendaki yang kecil² tu. Boleh tahan juga lah jauhnya tu .. Semangat kena kuat- ramai yang tulis, kinabalu ni mental kena kuat – saya setuju. Tapi hakikat nya adalah – mental dan kudrat kena sama-sama kuat. Letih betul masa ini. Melangkah 2-3 langkah dah nak rehat. Bila mahu sampai daaa.. Saya teruskan perjalanan ..

E01_0696Permandangan seaktu menuju ke puncak

E01_0705Ha tu dia puncak.. sudah semakin dekat. Saya tekadkan semangat walaupun hati merintih hahahaha. Ketika ini, Matius mengingatkan yang kami harus kembali ke Gunting Lagadan untuk checkout sebelum jam 10.30 pagi. So kena bajet masa. Ketika ini jam menunjukkan jam 6.20 pagi. Dah cerah macam jam 9 pagi. Di sini memang matahari cepat terbit. Jam 5.30 pagi dah terbit matahari.

E01_0714Haa berhenti lagi .. selfie satu kali hahahaha. Kalau nak ikutkan, berapa kali saya selfie dah.. di belakang sya itu adalah puncak Lows. Puncak tertinggi di Kinabalu. Itu objektif dan misi buat masa ini. Sudah tak jauh lagi, mari kita teruskan… ayuh kita maju.. ayuh …

E01_0802Dan tepat jam 6.50 pagi tanggal 30 Mac 2014 bersamaan 28 Jamadil Awal 1435H saya tiba di Puncak Kinabalu di ketinggian 4095.2 meter dari aras laut.  Alhamdulillah.. Syukur atas keberkatan MU dan kurniaan ini. Rehat sambil sedut udara segar . betul² nikmat. Sukar nak sebut dengan perkataan. Akhirnya cita-cita menjadi kenyataan. Alhamdulillah .. Syukur. .

E01_0813Orang kata- kalau mendaki gunung ni , bila sampai ke puncak, hilang semua penat tu. Memang betul. Buat orang macam saya – yang bukan lah pendaki tegar – ini adalah antara pencapaian hidup saya. Mungkin ada yang dah banyak kali ke sini dan tiada masalah atau boleh sambilkorek hidung, tapi pada saya Kinabalu ni memang GETIR. 5 jam dari Timpohon ke Laban Rata dan 4 jam Laban Rata ke Puncak. Iskkk 9 jam menongkah arus – bukan naik kereta, jalan kaki tau. Kalau bawa kereta 9 jam pun dah terbaring letih, ini pula dengan kudrat kaki.. fikir kan lah (saja nak provok hihihi). TAPI kalau senang sangat pun tak nikmat lah kan.. Apapun saya sangat bersyukur atas kurniaanNYA ini. Alhamdulillah.. Syukur ..

Read More

Mendaki Gunung Kinabalu – Part 4 :: Laban Rata- Gunting Lagadan

Assalamualaikum ..

Setelah tergendala beberapa ketika akibat daripada beberapa isu yang antara lain nya adalah TRAVEL lagi hahaha. Ini nanti saya akan cerita TRAVEL yang macam mana. Rezeki tahun ini. Alhamdulillah. Syukur. Okey berbalik kepada kisah Kinabalu ini lagi. Lanjutan dari Part 1 , Part 2 dan Part 3, saya sambung ke Part 4. Kali ini adalah perkongsian semasa di Laban Rata/Gunting Laganan.

Laban Rata terletak pada ketinggian 3,272 meter dari aras laut. Menempatkan resort untuk pendaki ke puncak Kinabalu. Kami akan makan sahaja di Laban Rata, dan bermalam di Gunting Lagadan. 200 meter dari Laban Rata. Kami berempat akan bermalam di Gunting Laganan.

Dalam jam 4.30 ~ 5.00 petang semua kami berempat sudah berada di Laban Rata. Makan time!! hahahaha. Sejuk² ini memang sedap kalau makan. Sebelum tu selfie satu kali dulu hahahahaha..
E01_0492Acara selfie sementara menunggu FJ, MD dan Eddy sampai. Diorang bukan lah lambat tapi banyak berhenti ambil gambar. Iyer lah rugi rasanya kalau daki tinggi² tapi tak dak gambar. Buat kenangan lah katakan. Boleh tunjuk kat anak². Encourage diorang untuk jalani hidup yang sihat!! Cewah – ayat ini saya pinjam dari sahabat saya dari Kelab Rekreasi Perbadanan Putrajaya – Adi Khirman aka Jawa

E01_0499Begini gambaran sebenar di Laban Rata. Awan sangat cepat berubah. Kejap² je dah berkabus di sini. Suhu boleh tahan lah waktu ini. Sejuk lah. Macam dalam ekon masa time hujan. Dari sini boleh nampak ramai pendaki berkumpul di berenda Laban Rata Resort. Ambil angin ada, sedup asap ada. Santai betul di situ. Dengan suhu yang dingin, dengan angin yang sepoi² bahasa .. kena pulak teh o panas + goreng pisang (yup atas ni ada goreng pisang- sebab dah termasuk dalam pakej, maka nya melantak lah saya. Lapar. Tenaga banyak dah hilang kut hehehe)

E01_0520Permandangan dari cafeteria Laban Rata. Di atas awan. Subhanallah.. bertapa kekuasaanNYA. Masa ini saya terfikir. Selama dalam 4-5 jam mendaki sampaikan awan pun berada di bawah saya. Namun bila dongak ke atas, ada lagi awan tinggi. Kalau kita berada di kedudukan yang tinggi, maka ada lagi yang lebih tinggi dari kita…

E01_0523Jika dari pintu keluar ke bahagian berenda Laban Rata cafeteria ini, kita boleh nampak dengan jelas (dekat sangat) kawasan berbatu. Kawasan bebatu ini lah di sebelah atas sana puncak Kinabalu. Insyallah esok.. Puncak Kinabalu – Lows Peak.

E01_0524Ramai pendaki yang mengambil kesempatan ketika ini. Semasa saya mula² sampai tadi tak de lah ramai macam nih. Siap boleh melepak makan pisang goreng lagi. Mungkin dah hampir semua pendaki hari ini tiba ke Laban Rata. Ramai juga. Dalam pengiraan saya – di dalam dan luar cafeteria ini – mungkin mencecah 100 orang lebih rasanya. Ada dari pendaki tempatan dan tak kurang juga dari luar negara seperti – USA, Perancis, England, Taiwan, Jepun (saya tau sebab saya ada berborak dengan antara mereka).

E01_0546Selepas makan malam, dalam jam 6 petang lebih kurang, kami ke tempat tidur kami untuk malam itu. Di Gunting Lagadan. Dalam 200 meter ke atas dari Laban Rata. Gambar di dalam cafeteria Laban Rata saya boleh terlupa nak shoot!! Rugi. Sepatutnya tak boleh terlepas tapi mungkin sebab saya rasa pada masa itu – tidak penting, maklumlah cafeteria saja. Namun kalau nak tulis blog nih, barulah saya terasa pentingnya gambar² seperti itu. Insyaallah perancangan untuk ke Kinabalu selepas ini memang ada… nanti saya shoot hihihi. Okeh, pasal tempat tidur kami – Gunting Lagadan. Ianya mengambil nama sempena seorang Dusun Sabah yang menyertai Hugh Low (Gabenor British di Labuan) pada pada 7 Mac 1851. Setelah 3 minggu menyertai Low, Gunting Lagadan tiba di satu tempat dan tidak menyertai Low ke puncak. So tempat yang Gunting sampai itulah yang dibina resort yang diberi nama sempena nama beliau. Ini adalah kisah yang diceritakan oleh Matius kepada saya.

E01_0561Sekitar jam 6.30 petang, permandangan dari Gunting Lagadan. Subhanaallah.. pada ketinggian 3300 kaki dari paras laut.

E01_0575Kalau tidak berawan kita boleh nampak Kota Kinabalu dari sini. Namun selalunya cuaca akan berawan. Masa ini memang sejuk dan sangat mendamaikan. Masa ini saya terfikir juga – kalau bawa Haykal dan Hakim pun best juga. Nantilah ayah planning. Kita bawa Ibu sekali. Amani tinggal nanti Amani suruh ayah dukung hahahaha ..

MDX_7987Saya dan Eddy dari kamera MD. Terlupa saya nak ceritakan. FJ, sejak sampai tak begitu OK. Makan pun sikit aje. Terus naik dan tidur. Harap esok awal pagi dia okey lah. Sebab esok kami akan cuba ke Puncak Kinabalu.

DSC_5546Beginilah keadaan bilik kami di Gunting Lagadan. Sangat kecil. So kalau ada yang bercita cita ke puncak Kinabalu, harap preparelah ok. Jangan lah harap macam bilik hotel 5 bintang. Bilik memang kecil, hanya muat² untuk katil dan tidur sahaja. Kata nak travel, kene rasa pengalaman ini. Bilik air di luar. Tiada water heater. Airnya sejuk mengalahkan ais. Bayangkan lah kalau nak buang air, mau beku segalanya hihihi. Mandi?? saya kalau ikutkan hati tak mahu jejak kaki ke toilet tapi sebab tak berapa selesa saya just basahkan badan, berus gigi dan basuh muka. Itu pun kurang dari 1 minit. Pantas sebab sejuk sangat. Dan untuk pengetahuan juga – toilet dan bilik adalah di tempat yang sama. Dan ianya adalah unisex.

Okehlah masa untuk tidur. Esok awal pagi ada misi.. bersambung ..

Read More

Belajar Bahasa Korea

South-Korea

Assalamualaikum ..

Okey entri kali ini saya nak kongsikan atau lebih tepat lagi saya nak belajar bahasa korea. Adakah saya peminat cerita korea? tidak. Saya nak belajar bahasa korea. Bukan lah sampai tahap boleh bertutur dengan fasih.. cukuplah yang basic dulu. Mungkin ada yang akan bertanya kenapa saya nak belajar bahasa korea? Melancong?? bukan lah – saya lebih prefer NEPAL buat masa ini hihihihi. Nanti saya beritahu mengapa saya nak belajar bahasa korea ini.

Sementara itu: Ini yang bakal saya fahami. Cukuplah setakat ini dahulu. Jom kita ..

How are you?
Ann yong haseyo

Fine. And you?
Ne, ann yong haseyo

What Is your name?
Irumi-meo yeyo ?

Thank you ..
Gam saham nida/Kamsa ham nida/Kum hosam nida

Babai !!
ann yong hi gae yon!!

My name is Junaidi
che iru mun Junaidi iae yo

I would like to introduce you to …..this is my wife
Ibu nun uri annae-eyo (sambil tunjuk gambar isteri saya)

I’m pleased to meet you
Manaso banggap sumnida

ini je dulu ok.

Read More

Mendaki Gunung Kinabalu – Part 3 :: Pendakian Bermula – Laban Rata

Assalamualaikum

Kita sambung kisah dari Part 2 .  Setelah selesai sarapan pagi sekitar jam 8 pagi macam tu, kami ke Kinabalu Park Office. Sebelum itu suka saya ingatkan. Pendakian Kinabalu ini akan mengambil masa sekitar 5-6 jam (dari pembacaan saya di blog²). Jadi sarapan pagi itu sangat penting untuk tenaga semasa mendaki. Tapi bukanlah maksud saya kita kena makan sampai payah nak berjalan. jangan lah sampai tersandar.. Kena faham² lah. Makan tengahari akan dibungkus dan guide akan bawa untuk makan tengahari nanti.

E01_0066aIni view Kinabalu dari kawasan pejabat Kinabalu Park. Tak jemu² saya melihat dan sambil² saya turut berfikir serta mencongak.. yang mana satu Lows Peak?, di mana Laban Rata? Mana satu route nanti?

Sementara itu, wakil kami – FJ bertemu dengan guide kami – Mathius di kaunter pendaftaran. Orang tempatan Sabah dan telah menjadi guide kalau tak silap saya hampir 5 atau 6 tahun. Dan dari bacaan saya beliau merupakan Climbathon Top 20 satu ketika dulu. Semasa ini kami diberi pas mendaki. Wajib pakai sepanjang pendakian kata Mathius. Dan Mathius ofer – siapa yang nak guna khidmat porter boleh maklumkan waktu itu. Sebab dia kata kalau tak fit dengan bebanan bag takut ada yang terlalu letih. Saya setuju dengan Mathius. Memang dah planing nak guna khidmat porter. Saya bukanlah jenis yang kuat bersenam dan fit kata orang putih tu. So untuk tidak mengambil sebarang risiko kecederaan dan keletihan melampau saya ambil khidmat porter. 1KG RM10. setelah ditimbang, berat bag saya dalam 7KG. Apa dialah yang berat tu. Kamera dan lens saya dan dekat 3kg kut. belum masuk yang lain² tu. so RM70 untuk naik dan turun.

E01_0074aSelesai urusan di Kinabalu Park, sementara menunggu van untuk ke Timpohon Gate – saya shoot lagi Kinabalu. Dan pada ketika ini, sudah kelihatan awan mulai nak lindung Kinabalu. Mungkin betul lah apa yang saya baca – waktu terbaik untuk menatap Kinabalu adalah seawal jam 6.30 ke 9 pagi. Waktu ini jam sekitar 8.20 pagi.

Nampak menara pemancar tu? Untuk pengetahuan semua- dalam kebanyakan masa coverage line untuk telefon adalah sangat baik. So kalau nak update dalam facebook ke atau twiiter ke memang tiada masalah bermula dari awal pendakian hingga ke Pondok Layang². bukan semua kawasan pendakian ada tapi dalam kebanyakan masa memang OK.

Kemudian van sampai dan membawa kami semua ke Timpohon Gate. Selalu dengar je nama tapi kali ini nah depan mata. Mungkin buat sesetangah orang biasa aje tapi pada saya Timpohon Gate is something. Sebabnya selalu saya baca blog, menonton youtube pasal point permulaan pendakian Gunung Kinabalu tapi kali ini ada depan mata. Oowhh macam ni rupanya Timpohon Gate hihihihi. Laluan mendaki ke Kinabalu ada 2 yang biasa digunakan. Selain dari Timpohon Gate ada juga route dari Mesilau. Jika dari Mesilau, kita perlu tambah lagi 2KM perjalanan. Total route dari Timpohon Gate ke Lows Peak (puncak Kinabalu) adalah dalam 8.5KM.

E01_0078aBergambar sebelum memulakan pendakian. Nampak debab ke atau kamera nih punya hal ? Atau memang saya dah debab hahahaha. Okeh saya kenalkan – Dari Kiri : Baju merah – sayalah tu, FJ, Eddy dan MD. Perasan tak semua ada kayu kat tangan. Saya gelar sebagai tongkat – tapi set² naik gunung panggil benda nih – pole. Sangat berguna. Saya sarankan kepada mereka yang kurang cergas macam saya nih agar menggunakan pole nih. Saya beli harga RM25. Kalau sewa di Kinabalu Park RM10 untuk satu trip.

E01_0080aSelepas saja dari pintu gerbang Timpohon Gate kita akan berjumpa mcam satu papan kenyataan. Ada di nyatakan rekod Climbathon (ingat bila saya beritahu pasal Mathius tadi? Top 20). Tengok tu yang first place. 2jam 28minit untuk route sejauh 23KM. Ni naik sampai puncak tau!! Bermula dari Kinabalu Park dan berakhir di Kundasang. 2jam aje. Kita nak sampai Laban Rata pun tak tahu berapa jam nih. Selebihnya pasal Climbathon .

E01_0091aSebelum memulakan pendakian – Di Check Point 1 – Timpohon Gate kita perlu menunjukkan Pas Mendaki tadi. Dan selepas itu tandatangan untuk pengesahan pendakian. Di sini juga kami diberi penerangan berkenaan dengan peraturan pendakian. Ada banyak, antara nya ialah seperti biasa- jangan buang sampah, jagalah hutan dan gunung kita. Dan juga diterangkan milestone perjalanan. 

E01_0094aKami dimaklumkan oleh Mathius bahawa 2 hari sebelum ini hujan jadi untuk langkah keselamatan kena prepare baju hujan. Sebabnya hujan dibandar lain, tapi kalau hujan di gunung ni – dia punya sejuk lain macam. Kami berdoa agar cuaca memihak kepada kami. Sebelum perjalanan Doa dibacakan oleh FJ dan dengan langkah kanan dan lafaz bismiillah kami memulakan pendakian dalam jam 9.00 pagi -+

E01_0098aPermulaan Pendakian. Kalau dari Timpohon ini akan ada tangga menurun. Senyum kuat lagi masa ni dan kami semua masih berborak dan bergurau senda. hilai tawa memecah kesunyian pagi . Cewah. Perjalanan awal ini selama 5 minit telah membawa kami ke Air Terjun Carson.

E01_0101aSepanjang perjalanan dari Timpohon ini ada ada signage kalau tak silap saya setiap 500 meter. Akan juga ada informasi berkenaan ketinggian dan lokasi. Selepas ini saya akan postkan gambarnya.

E01_0107aAir Terjun Carson.

E01_0111aPendakian sebenar bermula. Cuaca setakat ini baik dan udara nyaman gunung betul² menyegarkan. Dalam jarak baru 500 meter dan ketinggian pada 1935 meter dari aras laut.

E01_0121aPendakian awal di Kinabalu ini akan selalu dan lebih mudah saya katakan dalam kebanyakan masa kita akan berjumpa dengan tangga. Betullah kata sahabat yang pernah menjejakkan kaki ke sini – berlatih naik tangga. Tapi tangga batu caves tu baru satu kali naik pun saya dah jammed. Kuatkan semangat aje lah .. Dalam gamabr : MD (baju hijau sedang mengambil napas sambil Eddy (baju hitam) sedang posing). Perjalanan masih terlalu awal.

E01_0123aPondok Kandis, pada ketinggian 1,981 meter (6,499 feet), merupakan persinggahan pertama kami. Dalam 30 minute dari Timpohon. Pendakian di Kinabalu ada banyak pondok² rehat begini. Ada 7 pondok rehat sebelum tiba di Laban Rata.

E01_0126aKetibaan FJ dan MD. Saya ketika ini telah tiba bersama Eddy. Pada waktu ini, badan baru mula nak panas. Perjalanan masih jauh lagi. Pernafasan kena jaga. Sejujurnya saya tak tahu bagaimana pernafasan yang betul. Kejap pakai mulut, kejap pakai hidung. Kejap pakai dua² hehehehe.

E01_0132aSaya bersama Mathius. Untuk pengetahuan, Mathius akan berada di bahagian paling belakang antara kami. Selaku sweeper lah. Incase. Dia juga adalah porter kami. Kuat brader nih. Pakai selipar aje. Saya tanya kenapa selipar? Dia jawab selalu hujan so lebih mudah kalau berselipar. Hujan?? adeh jangan lah.. Nasihat Mathius – Jalan terus, walau perlahan terus saja. jangan biar badan sejuk nanti letih. Perlahan pun tidak mengapa. Jangan berhenti terlalu kerap.

E01_0141aPada ketinggian 2039meter dari aras laut dan jarak 1 KM perjalanan. Ada lagi dalam 5KM untuk sampai ke Laban Rata. Itulah target saya buat masa ini. 5KM mendaki bukan jalan mendatar .. adusss .. tak pa . Hati mau kuat!!

E01_0147a20 minit kemudian, saya tiba di Pondok Ubah, 2095 meter (6874 feet). Masa ni bertembung dengan 2 aweks dari California. Mereka mendaki awal dari kami tadi. Tapi mereka bawa bag sendiri. Mcam besar je saya tengok. Tak dayo pak cik hihihihi.

E01_0157aKemudian sambung lagi pendakian. lagi track tangga. Track masih basah, mungkin hujan lebat tempoh hari.

E01_0159aEddy dan MD dalam perjalanan. Di Belakang mereka aweks yang saya jumpa di Pondok Ubah tadi.

E01_0163aPada ketinggian 2164 meter dan telah 1.5 KM kami melangkah. Ada banyak lagi di hadapan sana. Ayuh hihihii. Track di Kinabalu bukan semua mendaki tegak. Ada masa kita akan melalui kawasan landai seperti gambar ini. Namun kawasan seperti ini amat kurang, boleh dibilang dengan jari. Oklah , dapat juga kita merehatkan otot dari laluan mendaki terus menerus.

E01_0165aOK naik lagi. Di Kinabalu ini, kebanyakan guided atau porter akan menggunakan kasut adidas kampung. Pernah dengar? Dulu saya ada sepasang. Murah, tahan lasak.

E01_0174aDi kilometer 2.0 Lebuhraya Timpohon – Laban Rata. Pada ketinggian 2252 meter. Hampir 500 meter dari point 1.5KM tadi &  hanya lebih 80 meter dari ketinggian terdahulu… masa ni sudah tiada gurauan dan senda. yang kedengaran hanyalah hela nafas dan juga ayat² seperti – “apa keja lah kita buat nih.. duk umah tengok tv kan bagus” hahaha hanya mereka saja yang tahu siapa punya ayat .. Kamera yang tergantung di leher terasa sangat berat.

E01_0186aPondok Lowii 2286 meter. Di setiap pondok rehat ada disediakan tandas. Saya tidak ke tandas so tak tahu macam keadaannya. Hanya di Layang² saya ke tandas.

E01_0193Simpang ke Stesyen pemancar. Ini kut menara yang saya nampak dari bawah tadi. RTM punya.

E01_0202aAmbik gambar kenangan kejap pada ketinggian 2350 meter dari aras laut dan hampir 2.5KM perjalanan. Udara semakin sejuk ditambah dengan angin gunung. Kalau perasan saya hanya pakai baju tshirt biasa saja. Sebab kita berpeluh dan tidak perlulah jaket tebal. Peluh cepat kering dengan udara yang sejuk dan angin gunung. Rasa segar. Cuma letih mendaki tu biasalah kan.

E01_0220aWah kami dah sampai di kilometer 3. 2455 meter dari aras laut. Laluan sedikit mendatar. Tak lama mana pun mendatar ni, depan sana dah menaik semula. Sepanjang pendakian ini saya boleh lihat ramai porter yang membawa beban yang berat seperti sayur dan makanan ( saya jangka ini untuk makanan di Laban Rata), ada juga yang membawa keperluan elektrik seperti TV, aircond ( yup macam aircond dan compressor – bukan kat atas tu sejuk ke?? entahlah), kayu dan sebagainya. Tabik kepada semua porter Kinabalu!!

E01_0228aPondok Mempening (2518 meter). Ketika ini saya berseorangan. Eddy, FJ, MD dan Mathius masih dibelakang. Saya lihat ramai pula yang berhenti rehat di sini. Ada yang makan. Jam ketika ini dalam 10.30 pagi. Saya tidak lama di sini sebalik nya meneruskan perjalanan. Sementara badan masih panas.

E01_0260aSelepas Pondok Mempening, laluan agak lembab dan kita boleh lihat dengan jelas banyak lumut mula kelihatan. Teringat pula pendakian kami di Irau .

E01_0274aAntara bunga² yang saya jumpa. Sebenarnya banyak lagi flora yang boleh kita temui macam- periuk kera. Cuma saya tak nampak refflesia. Mungkin saya tak tau lokasi kut. Tak pa – target kita lain.

E01_0281aDalam jam 11.30 pagi saya tiba Layang-Layang 2,702 meter. Pondok ini merupakan tempat rehat kebanyakan pendaki. Laluan dari Mesilau juga akan bertemu di sini. So memang ramai lah. Di sini juga sepatutnya saya makan tengahari. Namun oleh kerana porter masih di belakang, tahan aje lah. Memang perut dah lapar nih. Dengan cuaca yang sejuk.. apa lah agaknya makan tengahari nanti. kalau dapat nasik goreng paprik syiok jugak. Makanan tengahari kami dibungkus dari Balsam restaurant di bawah tadi. Tapi tak tau apa menu dia hihihihi ..

E01_0276aSementara menunggu yang lain² tiba, tersempak dengan brader nih. Nama tak ingat. Mereka dalam perjalanan turun dari Kinabalu. Kami naik. Mereka mengharungi hujan lebat semalam. Dengar cerita hujan lebat atas gunung ni seriau jugak. dah macam angin sungai dah track kata mereka. Disamping itu brader ni jugak cakap dah tak jauh lagi. Ada dalam 2 KM nak ke Laban Rata. Semangat naik dengar cam tu..

E01_0299aAuntie ni asal dari Melaka tapi dah stay lama di Sabah. Mereka adalah sukarelawan bagi kanak-kanak istimewa. Umur auntie ni dah 50 tahun++ dan semalam dah sampai Laban Rata. Saja bergambar lepas makan tengahari. BTW – MD, Eddy dan FJ tiba dalam 1/2 jam selepas saya. Dalam Jam 12 tengahari macam tu lah. Kemudian dalam jam 1 kami bergerak ke 2 kilometer sebelum tiba di Laban Rata. Ayuh kita!!

E01_0315aDi persimpangan Mesilau dan Timpohon. Ambik gambar buat kenangan. Ketika ini kabus dah mula tebal. Cuaca dah mula sejuk. So kami kena bergerak untuk panaskan badan. Tak tahan sejuk sangat. Tangan pun dah terasa perit. Kena pakai glove ( saya beli di hardware aje – RM 3.60 dapat 2 pair. Tak sempan nak carik yg water prove. Tawakal aje lah).

E01_0323aPeriuk Kera. Banyak kita boleh lihat sekitar track ke Laban Rata nih. Tinggal lagi saya shoot barang sekeping untuk stok gambar.

E01_0334aIni pula Edwin. Umur 9 tahun. Sebaya Hakim tapi dah jadi porter. Dia bawa berat dalam 15 KG. Aduss.. Masih bersekolah di Bundu Tuhan, sekarang musim cuti sekolah so dia buat part time. 15KG boh, nak bawak badan pun tak larat dah nih .. ini kan 15KG..

E01_0372aSaja ambik gambar kaki. Sementara berehat. Ambik nafas kata orang hihihi. Pada ketinggian lebih dari 2500 meter ni, saya dah mula cepat letih.

E01_0375aSuasana sepanjang perjalanan ke Pondok Villosa. Pokok dah mula renek dan dalam kebanyakan masa ada awan atau kabus. Saya pun tak pasti. Awan kut, sebab tinggi dah ni.

E01_0377aOk ini di Pondok Villosa. 2,690 meter dari aras laut. dalam gambar ini adalah Pak Joe (Kiri) dan rakan² beliau. Pak Joe dah berpengalaman hampir 20 tahun di Kinabalu. Peramah Orangnya dan banyak bercerita pasal flora dan fauna di Kinabalu. Katanya – orang luar lagi banyak nak tahu pasal Kinabalu berbanding orang kita..

E01_0400aSelepas Villosa saya meneruskan perjalanan. Tak lama saya berhenti rahat. Dalam 10 minit macam tu. Kawan² yang lain dan Mathius masih di belakang. Tak perlu cepat² pun, janji sampai sebelum gelap. Makan di Laban Rata pun mula jam 4 petang. Sekarang jam 1.40 petang. Selfie kejap hahahaha. tak dak orang nak tolong ambik gambar, kita selfie aje lah. Semasa ini saya nampak MD sedikit di bawah dari kawasan saya selfie nih. Saya jerit kat dia. Sebab apa? sebabnya ..

E01_0401aSebabnya buat pertama kali saya nampak puncak Kinabalu dari dekat. saya jerit kasi tau kat dia. Excited lah konon. Memang pon hahahaha. Puncak Kinabalu ini kejap je clear lepas tu berawan, so bila ada kesempatan tu boleh kita ambik gambar. Sambil tu saya terpikir jugak. Aman satu Lows Peak?

E01_0419aHilang dah Puncak tadi.  Semasa trek ini saya boleh lihat laluan dalah dari batu yang seliputi tanah. Tanah merah. Saya bayangkan kalau lah hujan lebat, mungkin ini akan menjadi laluan air. Teringat kisah brader 3 orang tadi. Syukur setakat hari ini, cuaca amat baik sekali. Alhamdullilah …

E01_0422aSelfie lah lagi.. apa nak buat lagi. Nak laju laju dah letih.

E01_0429adalam jam 2.30 macam tu saya tiba di Pondok Paka. Ketinggian sudah cecah 3,080 meter. Hampir lebih 5KM perjalanan.

E01_0437aSaya terus kan perjalanan dan tiba di 500 meter nak tiba ke Laban Rata. Ketinggian 3137 meter dari aras laut. Kepala otak duk imagine macam mana lah rupa Laban Rata nih. Sama ke macam dalam net tu.. Pada masa yang sama, MD yang tadi ada di belakang saya sudah tidak kelihatan. Eddy dan FJ pula saya dimaklumkan oleh Mathius sebelum pendakian tadi yang beliau akan berada di belakang sekali . Itu yang diberitahu. Laluan di Kinabalu ini sentiasa ada orang turun naik. So tak perlu risau sangata. Dan kalau kita ikut saja track pasti tak sesat. Tapi ini logik lah.. kalau yg mistik tu saya pun tak boleh cakap apa lah. Kawsan hutan dan gunung ni pada saya bukan boleh di buat main. Kita tak tau kan .. tinggal lagi janji niat kita betul, Insyaallah tiada apa².

E01_0454aPermandangan selepas 3137 meter dari aras laut. Ada daun lagi pada pokok. Cantik. Payah hendak describe , lebih mudah kalau datang sendiri. Lama juga saya di sini. Tunggu mana tau puncak Kinabalu muncul kembali. Tapi tak muncul pun. Awan tebal. 500 terakhir sebelum ke Laban Rata terasa sangat jauh.  Tapi saya melangkah tidak berhenti. Ada masa macam tak bergerak pun hahaha..

E01_0460aDalam melangkah itu saya nampak ada kelibat seakan rumah. Wow dah sampai Laban Rata !! yahooo !! sekali tengok ada signboard – Waras Hut?? Aikk bukan lepas Pondok Paka akan jumpa Laban Rata ke? Adus jauh lagi ke? Waras Hut adalah tempat tinggal sama seperti Laban Rata. Ianya pada ketinggian 3,244m dari paras laut. Dan Laban Rata adalah dalam 5 minit jaraknya dari Waras Hut ini. Lega…

E01_0471aJam 3.15 petang saya tiba di kawasan lapang Laban Rata. Alhamdulillah. Syukur sangat². Owhh macam ni rupa Laban Rata yang sebenar. Selalu duk baca dan tengok youtube tapi kali ini depan mata. Syukur sangat² kepada NYA kerana beri kesempatan pada saya tiba di sini. Cukup bersyukur saya.. Seperkara lagi, belakang Laban Rata ini saja boleh nampak Puncak Kinabalu. Sangat cantik dan saya sangat teruja.
Laban Rata terletak pada ketinggian 3,272 meter dari aras laut. Menempatkan resort untuk pendaki ke puncak Kinabalu. Kami akan makan sahaja di Laban Rata, dan bermalam di Gunting Lagadan. 200 meter dari Laban Rata.

E01_0473aSelfie satu kali lagi hehehehe..

Bersambung ..

Read More