Category Personal View

четверг

Prounoun as cheet-VYEHRK. Its means THURSDAY.
#PrayForMH370
2013-09-05 14.02

Read More

PRAYFORMH370

2013-09-20 19.16

Betapa berat mata kita memandang, tiada tergambar berat juga bahu yang memikul…

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎
Surely we belong to Allah and to Him shall we return..
Dari DIA kita datang dan pada DIA jugalah kita kembali..

Bersama-sama lah kita berdoa agar dipermudahkan segala usaha mencari dan menyelamat serta semoga mereka yang terlibat, keluarga mangsa dan orang yang dekat dengan mereka diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat-saat ini. Kami di sini tiada putus berdoa.

PRAYFORMH370

Read More

Makanan Minda 27-Jan-2014

E01_0006

Jika berjumpa dengan kanak-kanak ketahuilah bahawa bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum melakukan dosa berbanding kita. Dan  jika bila bertemu dengan orang tua sedarilah bahawa mereka lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat. Sementara itu andai  berjumpa dengan orang alim, percayalah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui. Dan apabila melihat orang jahil jangan terus dihina kerana mungkin  lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui…

Read More

Makanan Minda 22-Jan-2014

DSC_8414

Dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Jauhilah prasangka, kerana sesungguhnya prasangka adalah ucapan yang paling dusta, dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan, dan janganlah kalian saling menghendap-hendap, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling membelakangi, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

(Al-Bukhari)

Read More

Sebelum Wisel Pertemuan Malaysia-Indonesia petang ini

“Kita telah melakukan yang terbaik apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dalam peringkat kumpulan dan harap ini akan memberi lebih motivasi kepada pemain untuk menjejak kaki ke final dan mempertahankan pingat emas,” OKS

E01_0296

Petang ni skuad U23 negara bakal berdepan musuh tradisi, musuh yang benar² mencemburui kita (di dalam bolasepak) – Indonesia. Jika dilihat dari rekod perlawanan sepanjang kejohanan, Indonesia kali ini, mereka hanya menjaringkan 3 gol dari 4 perlawanan kumpulan dan bolos 4 gol yang kesemuanya dari kekalahan menentang Thailand 1-4.

Untuk pasukan Harimau Muda pula, kita nampaknya akan bergantung harap kepada  Ashri Chucu, Thamil Arashu, Mohd Irfan Fazail, dan Rozaimi Abdul Rahman...

Read More

Corat Coret Hari Ini : Kari Ikan Bawal

menu

Just nak kasitau antara achivement terbaik saya tahun ini. Yeahhh among the best this year !!! – Gulai Kari Ikan Bawal !!!  Mungkin pada sesetengah orang, menyediakn menu ini biasa² saja, tapi untuk saya ini adalah percubaan pertama saya masak kari. dan yang sedikit mencabar adalah – bulan puasa .. mana boleh nak rasa² kan .. jadi kena ikut kata hati lah.

Adapun projek ini bermula setelah saya kira ekspert la bab masak MERAH. Contohnya ikan bilis masak merah, ikan kembong masak merah, ikan selar masak merah, ikan sadin masak merah dan terlibat juga ayam masak merah (tapi ayam ni menteri tak kasi makan.. kami tengah boikot ni ..). 

Resepi?? adapun resepi nya saya perolehi dari paket serbuk kari ikan adabi. Tuan Puan pun boleh baca kat belakang paket tu ....

Read More

Metallica – Kuala Lumpur 21 August 2013

metallica 2

METALLICA !!! Saya tak tahu kalau adayang tak kenal kumpulan dari US nih. Tapi kebanyakan dari seusia dan sebaya saya pasti mengenali kumpulan ini. Kami dulu mana nak dapat facebook, twiter bagai .. MP3, MP4 lagi lah ..Masa kami belajar dulu, dalam kebanyakan masa ( ini saya lah – orang lain saya tak pasti) akan diwarnai dengan muzik rock, trash atau pun grunch.  Itu pun hadir dengan informasi dari zine (kiranya majalah underground lah).  Bab konsert ataupun kami lebih biasa dengan istilah gig nih.. secara kecil kecilan saja.  Tak pun funfair, nak yang besar tunggu Search & Wings buat lah.. tu memang dapat sambutan hangat...

Read More

LIFE: KL Selepas Jerebu

DSC_8838

Hari ini buat sekian kali nya setelah hampir seminggu, langit kembali cerah di Kuala Lumpur. Alhamdulillah. Syukur. Dugaan Yang Maha Esa untuk kita semua dengan jerebu membantu kita berfikir untuk lebih menyanyangi alam. Jangan lah kita membakar secara tebuka, buang sampah dari tingkap kereta, plastik kita buang merata.. masuk dalam sungai, dalam laut. Tarah hutan sesuka hati, jarah bukit buat kediaman mewah, kelak nanti kita jugak yang rugi.

Hari ni best, udara tak der lah sesegar kalau kat kampung.. apatah lagi kalau nak bandingkan dengan udara kat Cliff of Moher tu hahahahaha tapi sangat banyak perbezaan dari sebelum. Jerebu hampir hilang. Buat pertama kali dalam masa lebih kurang seminggu kita dah boleh lihat suasana senja seperti selalu di ibu kota ni...

Read More

Corat Coret Sebelum Tidur

DSC_8771

 

Jerebu memang menyusahkan kita. Nak bergerak pun payah. Nak bawak anak² masa cuti pun susah. Sekolah anak² terganggu, kesihatan keluarga terjejas. Namun di sebalik itu ada hikmah yang boleh kita pelajari. Menghormati Alam. Kurangkan pencemaran, sayangi bumi kita. Sayangi sungai kita. Amalkan kitar semula. Jaga kebersihan. Jangan buang sampah merata rata. Ini tidak dari tingkap kereta pon kita campak kan sampah. Si perokok pulak jangan buat sepah. Dah la asap anda merbahaya. Tapi bila cakap macam ni perokok akan cakap – asap kereta, asap lori, asap bas , asap moto tu tak bahaya ke? Lagi la boleh tambah jerebu 🙂

Apapun dalam krisis begini ada juga yang pandai. Macam si penjual face mask di atas. Cari rezeki bila faham permintaan ada di sana.

 

Read More

Haykal – Pediatrik HKL

19 Hb Jun 2013, lebih kurang jam 3 petang, mywife call. Kata nya Haykal tak sihat. Lepas makan tengahari badan panas dan terbaring serta mengadu sakit perut . Atuk dan Maktuk yang ada kat umah dah risau sebab Haykal selalunya akan ligat kecuali dia tak sihat. Pelik jugak sebab tengahari tu saya ke sekolah Haykal untuk sesi pihak sekolah bersalah murid² bagi mengetahui prestasi semasa anak². Makanan tengahari haykal dan adik Hakim saya belikan nasi kukus ayam dara. Hakim tidak pulak sakit perut.

Selepas masa pejabat saya bergegas pulang dan Haykal ketika itu sedang mandi. Keluar dari bilik air, Haykal agak terbongkok. Sakit kat perut katanya. Tapi still OK nampak nya. Terus saya bawa ke Klinik...

Read More