Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

YABhg. Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi

Kalau hendak jadi penjawat awam, kemudian hendak bantu parti yang kita sokong maka itu tidak betul. Kita bukan ikut parti, tetapi kita ikut dasar kerajaan semasa yang berkuasa. Mesti faham perbezaan antara kerajaan dan parti yang mentadbir kerajaan.. – Tun Zaki/14 September 2018

 

Kalau hendak jadi ahli politik, jadilah ahli politik dan lepaskan jawatan sebagai penjawat awam.. – Tun Zaki/14 September 2018

 

Penjawat awam tidak boleh berkempen untuk kegunaan mana-mana parti politik menggunakan aset dan kekuatan kerajaan untuk kepentingan parti tertentu. Ini salah. Perkara ini banyak berlaku dahulu. Ianya salah.. – Tun Zaki/14 September 2018

 

Penjawat awam perlu berani dalam menyatakan perkara yang benar. Segala yang  dibuat perlu berlandaskan undang-undang. Ini sangat penting. Jika menteri tidak faham berkenaan perkara ini, nasihati mereka. Maklumkan perkara yang boleh dan tidak. Ianya perlu dilakukan dengan teliti.. – Tun Zaki/14 September 2018

 

Bagi saya yang penting bos kena turun padang.  Bos kena selalu tahu perjalanan sebenar organisasi. Mereka kena tahu apa yang berlaku di bawah.. – Tun Zaki/14 September 2018

 

Kerajaan boleh melaksanakan dasar pemberian maklumat atau ‘whistleblowing’ supaya kes salah laku dalam kalangan sektor awam dapat ditangani dengan lebih efisyen serta memastikan Intergriti kekal pada tahap tertinggi.. – Tun Zaki/14 September 2018

 

Dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang ke-6 pada Oktober 2008 sehingga September 2011 dan bersara 4 tahun kemudian. Beliau telah berjaya mengurangkan kes-kes tertangguh sebanyak 70% di semua peringkat yang telah mempercepatkan sistem pengadilan.

 

Biodata Tun Zaki

Yang Amat Berbahagia Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi dilahirkan pada 12 Sept 1945 di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star; Sekolah Menengah Anderson, Ipoh dan English College (kini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, London dan Barrister-at-Law pada 1969. Beliau merupakan anak bekas Ketua Hakim Negara pada tahun 1966 sehingga 1974.

Tun Zaki pernah berkhidmat di Jabatan Peguam Negara dari Disember 1969 sehingga 1970 dan kemudian dilantik sebagai majistret di Kuala Lumpur. Pada tahun 1971, beliau memegang jawatan sebagai Presiden Mahkamah Sesyen di Ipoh, Perak. Tun Zaki juga pernah berkhidmat sebagai Peguam Persekutuan di Bahagian Penggubalan. Pada tahun 1976 pula, beliau telah dilantik Peguam Kanan Persekutuan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Tun Zaki dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang ke-6 pada Oktober 2008 sehingga September 2011 dan bersara 4 tahun kemudian. Tun Zaki juga telah menulis sebuah buku bertajuk “No Nonsense” yang telah diterbitkan pada 8 September 2017. Kini beliau dilantik menjadi Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd (AMH); Pro Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); dan Canselor Multimedia University dan Mahsa University.

( Sumber KPDAG – Thanks Safwan)

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.