Segara Anak – Rinjani

E01_0077sGambar : Geng Sipoot

Tarikh : 22 Mei 2016
Lokasi : Segara Anak, Gunung Rinjani

Segara Anak adalah tasik di ketinggian 2000 meter +- gugusan gunung Rinjani, Lombok. Tasik hasil dari letusan gunung berapi Rinjani hampir 5000 tahun yang lepas. Segara bermaksud Laut dalam bahasa Jawa/Sasak. Jadi Segara Anak mungkin boleh saya maksudkan sebagai Laut Anak Rinjani. Mungkin lah.

Dengan air yang jerni dan dikelilingi dengan bukitĀ² sekeliling dan tunjang asas adalah kemuncak Rinjani menjadi permandangan di sini sangat cantik. Sangat cantik. Ditambah lagi dengan suhu yang rendah, bila bercakap siap keluar ‘asap’ lagi kat mulut tu. Terasa macam kat Lake Pukaki kat NZ tu hihihi. Cuma kebersihanan nya agak kurang. Sayang. Kawasan seindah ini kalau tidak terjaga. Sampah peninggalan pelawat ke sini sangat mengecewakan. Sayang .. Sayangilah Alam Kita..

Di sini ada ikan. Sebab saya pernah makan ikan yang dipancing oleh tetamu yang datang ke sini. Banyak tulang tapi sedap ikan tu ;).

Di kawasan Segara anak ini juga terdapat air panas. Tapi kita kena berjalan menurun dari tepi tasik ke kawasan air panas ini dalahm lingkungan masa 15 minit. Air panas ini memang panas dan betulĀ² menyegarkan, lagi-lagi bila lepas lelah penat kita mendaki kawasan pergunungan ini.

Kalau dari Senaru Pelawangan, saya kira (mungkin) mengambil masa dalam 2-3 jam untuk turun. Jika dari Sembalun Pelawangan, macam kami tempoh hari, dalam 3 jam. Pada saya, Segara Anak adalah pakej yang perlu kita lalui untuk menghayati Rinjani..

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>