Teaser EDP COTI – Korea

E01_0441

Assalamualaikum ..

Lama tak update blog. Lepas ini saya akan update berkenaan dengan penyertaan saya ke Executive Development Program ke Central Official Training Institute di Korea (COTI). Banyak pengalaman dan pelajaran yang saya timba sepanjang 2 minggu saya di sana. Dengan kawan² baru dari pelbagai agensi dan juga kenalan dari Korea, ianya sangat menarik pada saya untuk saya kongsikan. Mana lah tahu kalau ada yang berminat nak membaca.

Untuk pengetahuan, program ini adalah kerjasama kerajaan Malaysia dan Korea. Program Pembangunan Eksekutif di Central Official Training Institute (COTI) Negara Korea Selatan yang ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini diadakan selaras dengan visi dan Dasar Pandang ke Timur oleh Kerajaan Malaysia. MOU (Memorandum of Understanding) di antara Malaysia dan Korea Selatan telah ditandatangani pada tahun 1983. Batch pertama adalah pada 1984. Setakat ini terdapat seramai 1,241 orang pegawai yang telah terlibat dalam program ini.

Antara lain objektif program ini adalah bagi berkongsi pengalaman pembangunan bilateral antara kedua-dua negara. Saya amat bersyukur kerana terpilih ke Korea bagi program ini. Selama hampir 2 minggu ++ di sana, saya banyak mempelajari budaya dan cara hidup masyarakat Korea. Nanti kita sambung..

7 comments to Teaser EDP COTI – Korea

  • shuriati  says:

    Salam,

    Sy akan g interview COTI minggu depan. Boleh bagi tips x?

    Tq

    • Junaidi  says:

      Assalam,

      Tips?? Saya tak sure apa tips yg berguna. Cuma saya just jadi diri saya sendiri. BTW, penguasaan bahasa inggeris yang bagus, aktiviti luar, pengetahuan serba sedikit tentang korea dan komununikasi yg baik juga boleh jadi satu kelebihan. lain panel lain cara nya, saya doakan awak berjaya. insyaallah.

  • haner  says:

    shuriati…saya pun interview nxt week kt ILKAP jam 830pg.

    tq for sharing!

    • Junaidi  says:

      gud luck 🙂

  • maria  says:

    salam.. saya blog walking cari tips untuk interview minggu depan.. wish me luck yea..

  • Dzuriyati  says:

    Assalam tuan..saya berjaya dlm interview utk tahun 2016..Boleh x share perkara yang dilakukan disana dan persediaan yang perlu ada.

    • Junaidi  says:

      assalam.. maaf, lama benar tak buka inbox blog ni. dah selesai kan .. happy? hihihi

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>