Mendaki Gunung Kinabalu – Part 5 :: Meniti ke Puncak tertinggi Kinabalu – Lows Peak

Assalamualaikum ..

Okeh lajutan dari  Part 4 malam itu memang saya tidak boleh melelapkan mata. Seawal jam 7.30 dah mula baring, bergolek kiri kanan memang payah nak lelap mata. Tapi tenaga kena re charge semula. Dalam pada golek kiri kanan itu, terlelap dan terjaga dalam jam 9 apabila wife saya call. Pelik bila saya kata yang saya dah masuk tidur. Sebab kalau di rumah – malam masih muda hahaha. Lepas saja dari my wife call memang lagi susah nak terlelap. Pusing kiri kanan, berangan macam² siap ada pulak yang mengingau ke apa ntah (identiti dirahsiakan hahaha).

Mungkin betul dari bacaan saya, jika kita tidak biasa dengan ketinggian antara yang bakal berlaku adalah kesukaran untuk tidur walaupun badan memang penat. Dan seperkara lagi yang saya baca adalah – jika kita dari aras yang lebih rendah dan sampai ke tempat yang lebih tinggi, maka jangan tidur terus. Tidur setelah hilang sedikit rasa penat. biarkan paru² kita mengadapasi sedikit udara nipis itu. Ini tips saya dapat sahabat yang pernah ke Everest Base Camp- Yusnizam.

Jam 1 pagi saya sudah terjaga. Memang tak boleh nak lelap mata. bangun, masak air. Buat air teh. Saya antara yang terawal bangun. Badan masih terasa letih. Jamah sedikit roti. Selera ada kurang sikit. Kami dijangka mula mendaki ke Lows Peak seawal jam 2.30 pagi. So sementara menunggu gate ke Sayat-sayat dibuka, saya bersiap. Tengok apa² yang patut ditinggalkan.. bawa yang penting aje. Air 2 botol, kamera (wajib), pisanng ( ambil petang tadi di cafeteria Laban Rata), cokelat dan AIR BUAH. Haa air buah dalam botol tu. Sebagai motivator untuk ke puncak. Dapat sampai puncak baru minum hahahaha.

DSC_5544Untuk mendaki ke puncak, saya memakai long john, baju t shirt dan sweater bulu angsa (FJ beri pinjam). Seluar hiing saya tak ada, saya just sarungkan seluar long john dan seluar joging di bahagian luar. Memang sejuk time ni. Stokin dan pakai kasut cepat². Konon² tak mahu beri haba hilang.. menjadi jugak cara ini.

Dalam jam 2 pagi, Matius tiba dan kami diberikan briefing berkenaan dengan pendakian sebentar lagi. Keselamatan will no 1. Kalau tak larat sila maklumkan. Berhati-hati. Laluan akan menyusuri tali dan akan ada tangga dan tebing gaung. Amboii .. seriau juga nih. Dan dalam jam 3 pagi macam tu kami mula mendaki setelah pagar ke Sayat-sayat dibuka. Sebelum itu, FJ hampir² tidak mengikut kami tapi saya cakap pada dia – alang² dah sampai nih kalau rasa OK boleh teruskan. nanti kecewa sensorang duk bawah nih. So nampak gayanya macam dah OK, telan ubat yang eddy bawa dan rehat cukup kut .. maklumlah tidur awal tu .. so kami semua akan mendaki ke puncak.

E01_0601Pendakian ke puncak bermula dengan menaiki tangga. Tangga yang kategori tegak tak ingat punya sejauh 700 meter. Memang tegak. Dalam keadaan gelap dan hujan rintik² dan sejuk … memang getir.. nafas masa tu memang dah macam nafas kuda kut.. laju semacam. Mula² dapat lah control lepas 15 minit dah ke laut.. kejap ikut hidung kejap ikut mulut.. asal boleh bernafas lah. ada antara pendaki yang muntah.. mungkin terlalu penat atau apa saya tak pasti.. masa ini saya duk pikir, kenapa lah tak buat eskelator.. hahahaha

Selepas tangga, kami melalui laluan bertali yang berada betul² di tebing tinggi. Pendaki dinasihatkan untuk himpit ke sebelah kiri, kerana sebelah kanan kita adalah jurang.. malam memang tak perasan, semasa turun baru nampak sebab dah cerah, memang curam. Di sini agak lama kerana pendaki perlu mendaki seorang demi seorang. Dalam gelap (jangan lupa headlight- ini sangat penting). Selepas dari tebing, pendakian diteruskan hingga ke Sayat-sayat. Boleh saya katakan yang laluan adalah menaik terus menerus. Dengan cuaca sejuk dan udara semakin nipis, kita akan cepat letih dan akan MENGANTUK!!. Yup betul.. kita akan mengantuk.. jadi hati². Sebab laluan adalah berbatu dan dengan embun, kemungkinan ianya licin.

E01_0597Eddy melepasi tali di kawasan tebing. Masa ini nafas dah macam motorbot. Maklumlah orang kuat exersais .. ini lah ubat nya hahaha.. Laluan ini adalah sebelum Sayat-sayat. Saya tiba di Sayat-sayat pada sekitar jam 4.00 pagi. Berehat, daftar di Pondok Renjer dan meneruskan perjalanan.

E01_0607Headlight adalah sesuatu yang sangat penting. Ini kerana laluan ke puncak pada aawal pagi adalah terlalu gelap. Seperkara lagi, baju hujan. Incase kalau hujan. Cuaca di sini tidak boleh dijangka. Bersedia kata orang tu.

E01_0612Sememang nya begini. Dengan jumlah pendaki yang ramai, kita perlu beratur dan tidak tergesa-gesa. Sekiranya kita di depan dan mahu berehat, bagi laluan kepada mereka yang ingin ke hadapan. Laluan ke puncak disediakan tali sebagai panduan pendaki. Laluan ini adalah selepas Sayat-sayat.

E01_0640Berdekatan Kilometer 8. Ketika ini jam menunjukkan lebih kurang 5.30pagi. Saya banyak berhenti dan berehat. Penat dan mengantuk. Sekiranya saya tiba di puncak sekarang (dalam 600 meter lagi) , mungkin dapat menyaksikan matahari terbit. Tapi tak sampai pada masa tu. Tapi tak pa saya bukan rushing ke puncak. Cuma lebih nak ambil gambar.. memang saya banyak berhenti mengambil gambar… dan letih jugak sebenarnya hahahaha.

E01_0653Kelihatan pendaki yang baru sampai berhampiran Kilometer 8 sebelum ke puncak. Di sini – sebelah kiri sewaktu menuju ke Lows Peak, adalah lokasi South Peak. Apa dia South Peak nih?

E01_0660Haa ini dia .. South Peak aka Puncak Selatan atau ramai yang gelar sebagai Puncak Duit Singgit. Sebab Puncak ini ada pada RM 1. Saya pun sebenarnya teruja jugak. banyak jugak lah gambar di sini. Macam² aksi. Tempat ini memang menjadi tumpuan. So jika anda ke Kinabalu selain dari Lows Peak, di South Peak adalah lokasi wajib bergambar. Kenangan.

E01_0667Haa macam ni. Kenangan berlatar belakangkan South Peak aka Puncak Duit Singgit

E01_0686Setelah selesai posing di KM 8, saya meneruskan perjalanan ke puncak. Kalau dari tempat saya bergambar tadi – kita boleh nampak Puncak teringgi Kinabalu adalah di sana ( yang ada cahaya matahari itu) dan kita boleh nampak tali sebagai panduan dan pendaki mengikuti tali tersebut untuk ke puncak. Sayup je nampak puncak kinabalu masa ni. Orang pun nampak kecil² macam semut hahahaha, nampak jauh betul puncak tu .. okeh jom kita ..

E01_0695Sebelum meneruskan perjalanan ini adalah pandangan South Peak dari sebelah atas. nampak tak ada pendaki yang kecil² tu. Boleh tahan juga lah jauhnya tu .. Semangat kena kuat- ramai yang tulis, kinabalu ni mental kena kuat – saya setuju. Tapi hakikat nya adalah – mental dan kudrat kena sama-sama kuat. Letih betul masa ini. Melangkah 2-3 langkah dah nak rehat. Bila mahu sampai daaa.. Saya teruskan perjalanan ..

E01_0696Permandangan seaktu menuju ke puncak

E01_0705Ha tu dia puncak.. sudah semakin dekat. Saya tekadkan semangat walaupun hati merintih hahahaha. Ketika ini, Matius mengingatkan yang kami harus kembali ke Gunting Lagadan untuk checkout sebelum jam 10.30 pagi. So kena bajet masa. Ketika ini jam menunjukkan jam 6.20 pagi. Dah cerah macam jam 9 pagi. Di sini memang matahari cepat terbit. Jam 5.30 pagi dah terbit matahari.

E01_0714Haa berhenti lagi .. selfie satu kali hahahaha. Kalau nak ikutkan, berapa kali saya selfie dah.. di belakang sya itu adalah puncak Lows. Puncak tertinggi di Kinabalu. Itu objektif dan misi buat masa ini. Sudah tak jauh lagi, mari kita teruskan… ayuh kita maju.. ayuh …

E01_0802Dan tepat jam 6.50 pagi tanggal 30 Mac 2014 bersamaan 28 Jamadil Awal 1435H saya tiba di Puncak Kinabalu di ketinggian 4095.2 meter dari aras laut.  Alhamdulillah.. Syukur atas keberkatan MU dan kurniaan ini. Rehat sambil sedut udara segar . betul² nikmat. Sukar nak sebut dengan perkataan. Akhirnya cita-cita menjadi kenyataan. Alhamdulillah .. Syukur. .

E01_0813Orang kata- kalau mendaki gunung ni , bila sampai ke puncak, hilang semua penat tu. Memang betul. Buat orang macam saya – yang bukan lah pendaki tegar – ini adalah antara pencapaian hidup saya. Mungkin ada yang dah banyak kali ke sini dan tiada masalah atau boleh sambilkorek hidung, tapi pada saya Kinabalu ni memang GETIR. 5 jam dari Timpohon ke Laban Rata dan 4 jam Laban Rata ke Puncak. Iskkk 9 jam menongkah arus – bukan naik kereta, jalan kaki tau. Kalau bawa kereta 9 jam pun dah terbaring letih, ini pula dengan kudrat kaki.. fikir kan lah (saja nak provok hihihi). TAPI kalau senang sangat pun tak nikmat lah kan.. Apapun saya sangat bersyukur atas kurniaanNYA ini. Alhamdulillah.. Syukur ..

11 comments to Mendaki Gunung Kinabalu – Part 5 :: Meniti ke Puncak tertinggi Kinabalu – Lows Peak

  • otai_g  says:

    pergh mcm best, bila nak pegi lg boh? nak join bleh?

    • Junaidi  says:

      as salam bro 😉
      memang best.. terasa nak sekali lagi ke sana. tapi belum ada perancangan. Kalau ada perancangan dan kena masa nya , insyaallah..

  • is  says:

    Cmne nk smyg subuh ms mnuju puncak?

    • Junaidi  says:

      dalam kebanyakan masa, kita akan melalui subuh dipertengahan perjalanan ke lows peak. sekitar kawasan sayat². dalam perjalanan ke KM 8 ada kawasan berbatu yg agak rata, boleh solat. yg duduk solat di batu pun ada masa tu.. ikutlah pada kita. subuh di sabah agak awal, dalam jam 4 macam tu. kalau wuduq batal, bole saja tayamum 🙂

  • zaidi  says:

    terima kasih, perkongsian yang menarik dengan maklumat2 berguna.

    • Junaidi  says:

      sama-sama bang 🙂 saya share mana yang boleh saja.

  • zaidi  says:

    terima kasih, perkongsian yang menarik, beserta info2 yang berguna.

  • sien ridzwan  says:

    salam bro. ok ke agency yg uruskan tu n nak tanya no agency yang bro naik tu.. ingat nak p juga..

    • Junaidi  says:

      Sanctuary Borneo – 088-270 672. Saya guna perkhidmatan mereka. pada saya ok. saya tiada masalah. Selamat mendaki 🙂

  • ayung  says:

    menarik!!!

    =)

    tahniah..

  • Mendaki Gunung Rinjani – Teaser  says:

    […] benda ni adalah lanjutan dari Pendakian Kinabalu pada tahun 2014. Semangat datang pulak nak try Rinjani. Bukan sebab kami ni kaki hiking atau kaki […]

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.