Mendaki Gunung Kinabalu – Part 4 :: Laban Rata- Gunting Lagadan

Assalamualaikum ..

Setelah tergendala beberapa ketika akibat daripada beberapa isu yang antara lain nya adalah TRAVEL lagi hahaha. Ini nanti saya akan cerita TRAVEL yang macam mana. Rezeki tahun ini. Alhamdulillah. Syukur. Okey berbalik kepada kisah Kinabalu ini lagi. Lanjutan dari Part 1 , Part 2 dan Part 3, saya sambung ke Part 4. Kali ini adalah perkongsian semasa di Laban Rata/Gunting Laganan.

Laban Rata terletak pada ketinggian 3,272 meter dari aras laut. Menempatkan resort untuk pendaki ke puncak Kinabalu. Kami akan makan sahaja di Laban Rata, dan bermalam di Gunting Lagadan. 200 meter dari Laban Rata. Kami berempat akan bermalam di Gunting Laganan.

Dalam jam 4.30 ~ 5.00 petang semua kami berempat sudah berada di Laban Rata. Makan time!! hahahaha. Sejuk² ini memang sedap kalau makan. Sebelum tu selfie satu kali dulu hahahahaha..
E01_0492Acara selfie sementara menunggu FJ, MD dan Eddy sampai. Diorang bukan lah lambat tapi banyak berhenti ambil gambar. Iyer lah rugi rasanya kalau daki tinggi² tapi tak dak gambar. Buat kenangan lah katakan. Boleh tunjuk kat anak². Encourage diorang untuk jalani hidup yang sihat!! Cewah – ayat ini saya pinjam dari sahabat saya dari Kelab Rekreasi Perbadanan Putrajaya – Adi Khirman aka Jawa

E01_0499Begini gambaran sebenar di Laban Rata. Awan sangat cepat berubah. Kejap² je dah berkabus di sini. Suhu boleh tahan lah waktu ini. Sejuk lah. Macam dalam ekon masa time hujan. Dari sini boleh nampak ramai pendaki berkumpul di berenda Laban Rata Resort. Ambil angin ada, sedup asap ada. Santai betul di situ. Dengan suhu yang dingin, dengan angin yang sepoi² bahasa .. kena pulak teh o panas + goreng pisang (yup atas ni ada goreng pisang- sebab dah termasuk dalam pakej, maka nya melantak lah saya. Lapar. Tenaga banyak dah hilang kut hehehe)

E01_0520Permandangan dari cafeteria Laban Rata. Di atas awan. Subhanallah.. bertapa kekuasaanNYA. Masa ini saya terfikir. Selama dalam 4-5 jam mendaki sampaikan awan pun berada di bawah saya. Namun bila dongak ke atas, ada lagi awan tinggi. Kalau kita berada di kedudukan yang tinggi, maka ada lagi yang lebih tinggi dari kita…

E01_0523Jika dari pintu keluar ke bahagian berenda Laban Rata cafeteria ini, kita boleh nampak dengan jelas (dekat sangat) kawasan berbatu. Kawasan bebatu ini lah di sebelah atas sana puncak Kinabalu. Insyallah esok.. Puncak Kinabalu – Lows Peak.

E01_0524Ramai pendaki yang mengambil kesempatan ketika ini. Semasa saya mula² sampai tadi tak de lah ramai macam nih. Siap boleh melepak makan pisang goreng lagi. Mungkin dah hampir semua pendaki hari ini tiba ke Laban Rata. Ramai juga. Dalam pengiraan saya – di dalam dan luar cafeteria ini – mungkin mencecah 100 orang lebih rasanya. Ada dari pendaki tempatan dan tak kurang juga dari luar negara seperti – USA, Perancis, England, Taiwan, Jepun (saya tau sebab saya ada berborak dengan antara mereka).

E01_0546Selepas makan malam, dalam jam 6 petang lebih kurang, kami ke tempat tidur kami untuk malam itu. Di Gunting Lagadan. Dalam 200 meter ke atas dari Laban Rata. Gambar di dalam cafeteria Laban Rata saya boleh terlupa nak shoot!! Rugi. Sepatutnya tak boleh terlepas tapi mungkin sebab saya rasa pada masa itu – tidak penting, maklumlah cafeteria saja. Namun kalau nak tulis blog nih, barulah saya terasa pentingnya gambar² seperti itu. Insyaallah perancangan untuk ke Kinabalu selepas ini memang ada… nanti saya shoot hihihi. Okeh, pasal tempat tidur kami – Gunting Lagadan. Ianya mengambil nama sempena seorang Dusun Sabah yang menyertai Hugh Low (Gabenor British di Labuan) pada pada 7 Mac 1851. Setelah 3 minggu menyertai Low, Gunting Lagadan tiba di satu tempat dan tidak menyertai Low ke puncak. So tempat yang Gunting sampai itulah yang dibina resort yang diberi nama sempena nama beliau. Ini adalah kisah yang diceritakan oleh Matius kepada saya.

E01_0561Sekitar jam 6.30 petang, permandangan dari Gunting Lagadan. Subhanaallah.. pada ketinggian 3300 kaki dari paras laut.

E01_0575Kalau tidak berawan kita boleh nampak Kota Kinabalu dari sini. Namun selalunya cuaca akan berawan. Masa ini memang sejuk dan sangat mendamaikan. Masa ini saya terfikir juga – kalau bawa Haykal dan Hakim pun best juga. Nantilah ayah planning. Kita bawa Ibu sekali. Amani tinggal nanti Amani suruh ayah dukung hahahaha ..

MDX_7987Saya dan Eddy dari kamera MD. Terlupa saya nak ceritakan. FJ, sejak sampai tak begitu OK. Makan pun sikit aje. Terus naik dan tidur. Harap esok awal pagi dia okey lah. Sebab esok kami akan cuba ke Puncak Kinabalu.

DSC_5546Beginilah keadaan bilik kami di Gunting Lagadan. Sangat kecil. So kalau ada yang bercita cita ke puncak Kinabalu, harap preparelah ok. Jangan lah harap macam bilik hotel 5 bintang. Bilik memang kecil, hanya muat² untuk katil dan tidur sahaja. Kata nak travel, kene rasa pengalaman ini. Bilik air di luar. Tiada water heater. Airnya sejuk mengalahkan ais. Bayangkan lah kalau nak buang air, mau beku segalanya hihihi. Mandi?? saya kalau ikutkan hati tak mahu jejak kaki ke toilet tapi sebab tak berapa selesa saya just basahkan badan, berus gigi dan basuh muka. Itu pun kurang dari 1 minit. Pantas sebab sejuk sangat. Dan untuk pengetahuan juga – toilet dan bilik adalah di tempat yang sama. Dan ianya adalah unisex.

Okehlah masa untuk tidur. Esok awal pagi ada misi.. bersambung ..

One comment to Mendaki Gunung Kinabalu – Part 4 :: Laban Rata- Gunting Lagadan

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>