Mendaki Gunung Irau

Assalamualaikum,

Kali ini saya kongsikan pengalaman ke Gunung Irau. Sebelum tu sedikit maklumat berkenaan gunung Irau ini. Gunung Irau merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur,dan mempunyai ketinggian 2,110 m (6,924 kaki). Gunung Irau merupakan puncak tertinggi di Cameron Highland dan ke 9 tertinggi di semenanjung dan ke 15 di Malaysia.

Nama: Gunung Irau
Ketinggian: 6924 kaki (2110m)
Tempat: Sempadan Perak/Pahang- Banjaran Titiwangsa
Lokasi: Brinchang, Cameron Highland
Tahap: Medium
Trek: Tanah gambut, batu dan akar kayu

Keistimewaan gunung:
1-Suhu sejuk sekitar 20-18 Celcius (masa saya mendaki)
2-Gunung ini terkenal kerana hutan lumutnya mcam Fangorn Forest dalam wayang Lord of The Rings
3-Boleh jumpa banyak jenis bunga dan periuk kera

22 Feb 2014 . Pendakian kali ini disertai oleh 6 orang semuanya. Saya dan anak saya Haykal, Eddy dan anaknya, FJ dan MD. Tiada perancangan awal untuk mendaki Irau ini. Dan ini adalah kali pertama kami ke sini. Asalnya ada yang ajak mendaki Bukit Kutu tapi bertukar ke Cameron Highland. Boleh juga kami bawa famili masing². Sambil² bercuti tu boleh lah kami mendaki.

Pendakian kami bermula lewat. Perancangan asalnya selepas subuh dalam jam 7 pagi kami dah bergerak namun atas faktor² keselamatan bumi maka lewat lah kami bermula. Sebelum bermula kami sempat bersarapan di Kea Farm. Saya dan MD – nasik goreng, FJ – mee hoon goreng, Eddy – teo panas, anak saya dan eddy – pau kaya dan milo. Ada sebab saya terangkan jenis sarapan pagi yang kami ambil. Nanti kita lihat.

Okeh, untuk ke Irau kami menggunakan track Gunung Brinchang. Ada sign board Mossy forest tu. Kalau dari brinchang ikut laluan ke Ladang Teh Boh Sg Palas. Ketika sampai di sini suhu begitu sejuk sekali. Walaupun dah hampir 9 pagi, suhu mencecah 16 celcius. Sejuk. Kami bersiap dan mula mendaki dalam jam 9.30 pagi. Permulaan pendakian kami mengikuti laluan tangga dan papan yang telah dibina sehingga lah sampai ke track tanah.

Track pada awalnya adalah mendatar dan ada sedikit naik turun. Mendahului adalah anak saya dan eddy. Mereka lebih ke depan dan saya mengekori mereka. Maklumlah, perlu ada orang dewasa bersama mereka. Eddy, MD dan FJ ada di belakang dengan cerita jam² g shock mereka. Untuk pengetahuan semua mereka adalah pengumpul jam g shock. Selebihnya banyak sesi bergambar ketika ini. Dengan suasana yang sejuk dan lumut di sana sini, track ini adalah sangat cantik pada saya. Lebih kurang 30 minit perjalanan kami sampai ke kawasan yang menurun.

DSC_4561Sesi bergambar di awal-awal perjalanan. Ketika ini semua kami mempunyai kamera di tangan. Track masih mudah dan tenaga serta semangat masih segar.

DSC_4576Ini pula gambar dari kamera Eddy. Gaya kena lebih hhahahaha.. perjalanan awal ini kami banyak juga berhenti apabila anak saya dan eddy yang mendahului berhenti untuk melihat tumbuhan yang jarang mereka temui. Periuk Kera.

E01_0496Untuk pengetahuan semua, dalam kebanyakan waktu, laluan awal ke Irau mempunyai isyarat telefon bimbit. Jadinya sekiranya kita nak update atau menghubungi seseorang tidak menjadi masalah. Saya menggunakan maxis tapi ada komplen dari Eddy mengatakan yang talian Celcom tidak sebaik Maxis.

E01_0495Pendahulu pendakian telah menjumpai Peiruk Kera pertama mereka. Ini adalah kali pertama Haykal melihat Periuk Kera secara live 🙂

DSC_4587Bergambar sementara menunggu pakcik² yang lain sampai. Hampir sepanjang perjalanan, laluan adalah dihiasi dengan lumut² yang segar. Sesekali suasana sejuk ditambah dengan angin gunung. Memang nyaman..

E01_0506Laluan yang mendatar..

E01_0512Oleh kerana cuaca yang sejuk (mungkin sepanjang tahun), maka lumut tumbuh sehingga ke atas pokok..

E01_0527Bermula laluan menurun. Kelihatan anak saya, Haykal menuruni track. Selepas track menurun ini bermula lah pendakian sebenar. Kata uncle yang saya jumpa dalam pendakian ini, sewaktu menuruni tadi adalah turun dari kawasan gunung Brinchang dan pendakian selepas ini barulah bermula Gunung Irau

E01_0520Track mendaki bermula..

E01_0537Anak Eddy dan Haykal (disebalik pokok kut hahaha- sebab depa dua orang ni memang di hadapan). Mereka berhenti bila suasana sunyi .. tunggu kami

E01_0502INi adalah periuk kera. Dan ini adalah kali pertama saya memegang periuk kera hehehehehe.. tangan saya lah tu 🙂

E01_0540Antara permandangan sepanjang perjalanan ini..

E01_0544Haykal melihat track yang bakal dilalui. Kalau kita nampak ada sekumpulan pendaki dihadapan kami. Mungkin mereka bermula awal dari kami. Ketika ini kami diminta untuk tunggu sebentar kerana ada antara ahli pendakian di hadapan perlu melepaskan ‘hajat kecil’. Itu normal dengan suasana yang sejuk. Kerjasama itu penting. Tak perlu laju²

E01_0548Lagi gambaran laluan pendakian. Dalam kebanyakan masa laluan adalah tanah gambar dan di penuhi dengan akar pokok. Jaga-jaga dengan keadaan yang licin. Ceritanya kalau musim hujan, selut sampai ke lutut. Kami ketika pendakian ini musim panas. Pun begitu selut dia boleh tahan lah ..

DSC_4613Kami berada tak sampai separuh pun pendakian. Muka senyum tapi badan sedang berasap tu. Di kawasan pendakian Irau ini, suhu yang rendah dan haba badan kita membuatkan badan kita seolah-olah berasap. Kalau tengok dari signboard tu kami baru melalui 800 meter untuk ke arah Irau  dan perlu mengadap 1.55km ke puncak Irau.

E01_0551Laluan pendakian diteruskan..

E01_0576Rehat kejap tunggu uncle² tadi. Sambil² tu kita selphi lah. Sepanjang pendakian ini, saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar. Dan mengambil gambar dalam ketinggian begini dan keletihan adalah sesuatu yang tidak sama dengan mengambil gambar di bawah sana.

E01_0585gambar mereka di antara laluan pendakian. Siapa lah nak ambil gambar saya pula ni..

E01_0593Kawasan ini adalah sebelum ke Anak Irau. Dalam 20 minit ke Anak Irau. Sebelah kanan kalau dari bawah. Ada kawasan yang dipenuhi dengan lumut termasuklah pokok² di sana.

E01_0595Kawasan yang sama, pandangan yang berlainan.

E01_0599Walaupun ketika ini jam dalam 11 pagi, namun embun di lumut² ini masih segar.

E01_0610Kadang² kita boleh jumpa variati warna sepanjang perjalanan. Tinggal lagi samada kita sedar atau tidak sahaja. Maklumlah bila dah penat, objektif kita nak cepat sampai dan berehat.

E01_0614Lagi laluan ke puncak ‘palsu’

E01_0626Dah dekat kalau sampai kawasan ini. Kejap lagi kita sampai ke puncak.

E01_0808Sudah sampai. Mini Irau atau Anak Irau ataupun Puncak Irau Palsu adalah hentian kami. Memang ramai yang berhenti di sini. Kawasan lapang yang boleh memuatkan dalam 30 orang dalam satu-satu masa. Ada kawasan lapang di sini yang boleh di buat camp site. Perjalanan kami dari awal ke sini mengambil masa sekitar 2 jam lebih.. Dari sini ke puncak Irau sebenar dalam 45 minit macam tu ..

E01_0812Haykal menunggu uncle² yang tak sampai² di Puncak Irau Palsu/Anak Irau. Perjalanan ke Irau ini tiada sumber air yang kami jumpai. Yang boleh diminum. Kalau ada pun kami memang tak tau lokasi nya di mana. Cuma kalau hebat boleh la perah air dari lumut2 tu hehehehe.. macam komando lah pulak. Moralnya bawa lah air yang mencukupi. Macam saya, air yang dibawa kurang. 2 liter untuk saya dan Haykal. Memang tak cukup. Kena sukat² dan lebihkan si anak.

E01_0629Dari Anak Irau ini, ada laluan menurun untuk ke Puncak Irau sebenar. Laluan menurun ini dalam 15-20 minit.

E01_0640Antara yang laluan yang perlu dilalui. banyak akar kayu dan track yang sedikit licin. Namun jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan alam kurniaanNYA ini..

E01_0645Satu benda yang pada saya menarik ialah.. walaupun berpeluh semasa mendaki, namun bila disulam dengan cuaca sejuk dan angin gunung, badan akan rasa segar. Tinggal lagi kalau ada yang kata tak penat tu saya salute lah. Saya memang penat. Tapi memandangkan anak² berada dihadapan, saya kuatkan jugak semangat.

E01_0655Periuk Kera

E01_0691Lagi laluan mendaki. View dari arah atas.

E01_0677Laluan pendakian yang pada saya tak puas mata memandang. Memang cantik. Ramai yang tulis (dari blog² yang saya baca), perjalanan ke Gunung Irau ini adalah semacam memasuk arena filem Lord of The Ring. Memang betul.. Mistik dan dengarnya ada juga dikatakan babak filem Puteri Gunung Ledang diadakan di sini.

E01_0676Lagi permandangan laluan ke puncak..

E01_0674Saya perasan yang jika semakin tinggi, laluan akan semakin lembab dari di awal tadi. Dan pokok² semakin renek serta kita boleh bau tanah yang kita pijak. Segar bau dia. Seperkara lagi.. sekiranya kita tak memakai sarung tangan, warna tanah dan pokok kayu yang melekat di tangan kita agak sukar untuk dihilangkan..

E01_0667Permandangan sepanjang laluan.. Kita akan melalui lereng² yang agak curam. So berhati-hati lah.

E01_0665Periuk Kera lagi. Seronok pulak saya captured gambar periuk nih hehehe.. kebetulan pula asyik  terjumpa je tumbuhan ini. So saya shoot lah. Sikit info tentang Periuk Kera ini. Nama sainsnya Nepenthes. Biasanya tumbuh di tanah berasid, dan kekurangan nitrogen. Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya.

E01_0749Ha amcam .. bergambar sebentar .. Tanah kawasan pendakian ini sangat lembut. Kalau kita cuba meloncat locat.. terasa seolah olah ianya tidak padat.. mungkin timbunan lumut dan daun-daun mati.

E01_0744Encik FJ dengan bag barunya melalui denai² Irau 🙂

E01_0737Tuan Haji Eddy in action

E01_0731YB MD sedang mengerah keringat untuk ke Puncak

E01_0726Alhamdullilah .. ini lah Puncak Gunung Irau. Permandangan dari puncak. Angin yang agak kuat ditambah dengan suhu yang agak sejuk. Anak saya Haykal dan eddy’s daugther tiba lebih awal. Mungkin dalam 15 minit awal. Saya tiba dalam jam 1.00 tgh. So perjalanan naik mengambil masa lebih kurang 3 jam ++.

E01_0723Sampai di atas perut pun lapar. Maka kami dengan hebatnya melantak sorang sekeping sandwish oleh MD. Adus .. mana nak cukup. Haykal request untuk roti bakar. Mana nak carik. Nasihat saya supaya, bawa lah makanan. Kalau boleh nasik ke .. makanan tengahari. Bukan apa, perjalanan turun nanti juga memerlukan tenaga. Ada juga kumpulan yang sampai dah memasak di atas ni. Masakan yang simple – macam maggi lah kut.. Awal pagi tadi ada antara kami yang minum sahaja. Nasib lah eddy ada bawa roti dan saya ada bawa biskut. Biskut ni memang spare saya dalam bag untuk anak saya tu. Dia bab makan ni ada susah sikit.  Boleh juga nak tambah². Pendaki yang lain pula saya lihat siap ada nasi lauk ayam+kari+telor rebus+epal .. fuhhh rasa nak mintak sikit jek hahahaha

E01_0717Selphi satu kali..

DSC_4658K.A.M.I versi Ayah & Anak di Puncak IRAU 22 Februari 2014

DSC_4654K.A.M.I versi penuh. Syukur kami semua selamat sampai ke puncak Irau ini. Alhamdullilah ..

Setelah berehat, dalam jam 2 petang kami turun. Melalui trek yang sama. Menurun memerlukan tenaga yang tidak kurang hebat sama juga macam mendaki. Dengan kurangnya zat akibat tiada makanan yang cukup kami semua sedikit keletihan. Bukan sedikit memang letih sangat. Tapi haykal dan anak eddy tetap steady.

E01_0755Laluan turun kami adalah laluan yang sama semasa mendaki. Namun kadang² view yang kita perolehi adalah tidak kelihatan sama walaupun tempat yang serupa.. Jagalah Hutan Kita. Jangan kotori mereka. Laluan ini memang best untuk bergambar .. Jangan lepas kan peluang inikalau anda ke Irau.

E01_0756Lagi gambar mereka. Saya dalam perjalanan turun (Eddy dan FJ masih di belakang dan MD tak bawak kamera) mengharapkan agar Eddy dan FJ akan shoot lebih banyak gambar untuk koleksi. Tapi pada masa yang sama saya agak lah yang mereka akan simpan kamera kerana dah letih.. memang tak dak mood nak shoot kalau dah letih nih. Kalau nak setting tu pun dah naik malas. Apapun harapan tetap saya sandarkan pada mereka 🙂

E01_0781Walauapun namanya menurun.. ada ketikanya .. akan ada laluan mendaki. Jadi jangan assume bila menurun akan terus turun.. akan ada naik turun nya… Saya kira (mungkin), selepas turun dari Irau dan mendaki ke Anak Irau, akan ada hampir 3-4 perjalanan yang turun naik.. Getir jugak lah dengan tiada tenaga dan nafas pendek macam kami ni..

E01_0804Perjalanan turun saya bersama-sama haykal dan eddy’s daughter. Laju betul anak-anak ni .. dan kita perlu sentiasa berada dekat dengan mereka. tak boleh dibiarkan. Fj dan eddy sedikit kebelakang. Ini Kerana FJ mengalami sedikit kecederaan kaki. Kami selalu berhenti .. dengan harapan jarak antara kami akan semakin closed. Selphi kejap 🙂 Untuk kenangan ..

E01_0805Lagi laluan .. yang mendaki

E01_08191.4 KM to go .. kamon. Lepas dari gambar ini saya simpan dah kamera. penat dah nak usung. so teruskan perjalanan sehingga jumpa tangga akhir sebelum kami bermula. Tip agar tidak sesat adalah – sepanjang perjalanan kita akan jumpa batu sempadan Perak/Pahang.. susuri batu sempadan ini dan insyaallah. Tapi apapun jika tidak confident .. boleh lah gunakan guide dan mereka yang lebih faham suasana hutan ini .. berdoa dan hati mau baik..

E01_0841Dalam jam 6.00 ptg macam tu kami tiba di permulaan pendakian tadi . Jadi perjalanan turun pun mengambil masa dalam 4 jam juga… tapi memang kami banyak berhenti berehat. Minum. Ambil gambar. Gambar ini saya shoot sewaktu sampai dari gunung irau. waktu pagi agak berkabus. so tiada view.

E01_0845Permandangan sekitar kawasan tangga di gunung Brichang

E01_0852Sempadan negeri Seladang dan negeri Gajah

E01_0855Tangga menurun ke parking kereta

E01_0858Hasil tuaian hari ini… sedap..

E01_0870Akhir sampai dan amat² bersyukur. Terima pada sahabat yang sama² ke aktiviti kali ini. Masa ni dalam jam 6.00 ptg mcam tu. Sejuk. Masih lagi menunggu FJ dan Eddy. Kaki FJ injured so ada sikit kelewatan. Saya ada call mereka untuk memastikan yang mereka ok. Dan dari nada suara nampak nya mereka OK. . Apapun sepanjang perjalanan turun tadi – dalam hati cakap sudah lah tak mo lagi naik Irau. Penat wooo tapi semasa saya menulis blog ini – macam nak repeat balik jek hehehehehe..

Secara Ringkasnya ;
Masa perjalanan Mendaki : 3 jam -+
Masa perjalanan Turun : 4 jam -+
Minuman :
Kena bawak air yang cukup – macam saya kalau 2 liter – 3 liter itu keperluan yang selesa saya. Orang lain saya tak tau macam mana. Sumber air saya tak tau di mana – so bawa air siap-siap.
Makanan :
Makanan pula, sebaik sarapan pagi dahulu. Tapi jangan lah makan bangsa penuh sangat. Susah pula nak bergerak nanti. Untuk sepanjang perjalanan boleh lah beli makanan penambah tenaga seperti cokelat atau pisang. Tengahari pula kena bawa lah bekalan makan seperti roti, buah, nasi atau apa² yang sesuai. Perjalanan turun tetap memerlukan tenaga.
Lokasi: Track ke Irau sangat² cantik. Sangat² cantik .. susah mau cerita.. kena rasa sendiri 🙂

Selain berehat, banyak juga masa saya akan berhenti untuk mengambil gambar. Pada saya (orang lain saya tak tau la) tak perlu laju², cukup sekadar mencapai tujuan kita. Lagipun saya memang tak boleh laju dah. Itu lah kemampuan saya ketika itu. Sambil saya shoot gambar, sambil berehat sebenarnya…

Itu saja lah catatan kali ini.. semoga dapat membantu pada mereka yang berminat nak ke Irau. Kalau tak banyak sikit. Assalamualaikum 🙂

86 comments to Mendaki Gunung Irau

  • Mendaki Gunung Kinabalu – Part 1 :: Intro  says:

    […] ini telah mula berlatih sikit. Maklumlah nafas pendek, kenalah berlatih. Boleh lihat entri saya di Irau , di Datuk dan juga di Broga . So pada 28 Mac 2014, jam 10 pagi kami berempat terbang ke Kota […]

  • Andy 2244  says:

    As salam,tumpang iklan ya tuan..

    TEBING TINGGI BACKPACKER
    MOUNT GUIDE
    ALL OVER CAMERON N TRANS
    TRANS JERGING YELLOW,PASS,IRAU ,BEREMBUN ,JASAR,PERDAH ,SWEETHEM WARPU N YONG BELAR.

    ANDY -0179997790

  • Aizat  says:

    Assalamualaikum . Tahniah sudah sampai di puncak. saya belum pernah pergi tp lepas baca entri ni teringin pulak . saya cuma nak tanya nak naik tu kena pakai guide tak??

    • Junaidi  says:

      setahu saya guide ni tak wajib untuk irau. cumanya kalau nak lebih confident boleh lah ambil guide. tapi kami masa ini tidak menggunakan guide. kami just mengikut laluan biasa. dan pada masa yang sama ada juga kumpulan pendaki lain .. just makesure tidak terpisah jauh. apa pun semuanya terpulang pada masing².

      :: komen terdahulu saya tersilap reply tajuk. tq

  • jerung  says:

    Asslm tuan…adakah guide dan permit diperlukan utk panjat gng ni…tq.

    • Junaidi  says:

      sepengetahuan saya tidak perlu permit. cuma kita hanya perlu maklumkan kepada balai polis cameron. incase lah.. selain tu.. sepengetahuan saya tiada permit.

  • jerung  says:

    Tq. Dari segi keselamatan letak kereta mcm mn tuan? Sbb ada bc dlm blog lain diorg kata ada yg naik land rover smpi ats dgn byaran tertntu ..sori bnyk tnya sbb nak g lps raya ni…klu bleh save bajet lg bgs.x pyh sewa guide pun x pe kan?

    • Junaidi  says:

      keselamatan letak kereta tu .. agak sukar naknjawab. saya ke sana tempoh hari dengan kereta. parking awal.pagi. masa tu ramai yg park di sana. dan kereta di tinggalkan dalam 6 jam ++. mmg tak dak guard ke apa .. dan pada MASA tu tak dak kedengaran kes kes yg menyedihkan lah. tapi kita tahu kan. yang bermalam di puncak selalunya sewa 4wd untuk pengankutan. mungkin tak berani overnight park kat situ.

      pasal guide pulak. kami x sewa guide dan mostly yg naik masa tu pun x sewa guide. cuma nya ada juga terdengar kes2 tersesat.. cuba track dlm kumpulan dan ikut laluan .. ada sign arrow di sana. tapi kalau x konfiden boleh aje ambil guide. gud luck for irau.. memang cantek.. tak rugi ke sana.

  • Mossy  says:

    Cantik gambar gambar. Dalam hutan tu pakai flash gun or natural lighting dah cukup? Kena pakai UV filter tak?

    • Junaidi  says:

      owhh saya just guna available light saja.. tak da filter atau flash.. bukan tak nak bawa tapi bawa perut pun dah mengah hihihihihi

  • Effa  says:

    Salam , nak tanya track gunung irau macam mana ye? susah tak? kami berhajat nak bawak anak anak yatim untuk mendaki gunung irau, dalam 50 orang anak yatim bawah projek yg kami anjurkan, Jadi apa pendapat encik? kemuadahan kat sana macam mana pulak? Kalau x keberatan boleh tak enck sertakan mana mana contact no yg boleh sy hubungi untuk ke sana?
    Terima kasih 😀

    • Junaidi  says:

      assalam. kalau anak2 yatim pada saya jika kanak² umur 10 tahun ke atas dah ok kut. tapi tengok juga tahap kebolehan mereka. dan jumlah peserta seramai 50 orang itu juga perlu diambil kira. bukan apa, lebih ramai peserta dan akan melibatkan delay masa yang panjang. sebab track Irau pada saya bukan semudah biasa. ianya ada laluan naik turun. perlu berpaut pada akar dan kayu. ada masa² terdapat kawasan curam dan berbahaya. jika berhajat nak bawa kanak² kena pastikan elemen keselamtan ini diutamakan. untuk contact, saya tiada. cuma yang pasti laporan pendakian perlu di beri di balai polis brinchang. incase lah. untuk guide saya ada terbaca ada. mungkin boleh check di Camping and Hiking around Malaysia Facebook. Di sana memang banyak info. harap saya membantu.

  • ilham  says:

    tumpang tanya, kalau saya datang dari shah alam, saya patot naik cameron tu guna laluan mana? tapah ke? jauh x dari tempat letak kereta ke starting point untuk naik ke gunung irau tu?

    • Junaidi  says:

      tak kisah laluan dari tapah atau simpang pulai. dua-dua boleh ke cameron. ikut kesesuaian kita. janji boleh sampai ke tanah rata atau brinchang. saya lebih suka tapah 😉 dekat sikit.

      kawasan parking adalah betul2 di permulaan pendakian. jika dari brinchang, kita akan menghala ke ladang teh BOH. ada juga yg menyewa 4×4 untuk ke kawsan mula mendaki ni. tak mahu bawa kereta. lebih secure tapi kena keluar modal sikit lah.

  • ilham  says:

    tumpang tanya,
    1) kalo saya dtg dari shah alam, saya perlu lalu laluan mana untuk ke cameron tu? tapah ke?
    2) jauh x dari tempat parking kerete ke starting point hiking tu?
    tq

    • Junaidi  says:

      tak kisah laluan dari tapah atau simpang pulai. dua-dua boleh ke cameron. ikut kesesuaian kita. janji boleh sampai ke tanah rata atau brinchang. saya lebih suka tapah 😉 dekat sikit.

      kawasan parking adalah betul2 di permulaan pendakian. jika dari brinchang, kita akan menghala ke ladang teh BOH. ada juga yg menyewa 4×4 untuk ke kawsan mula mendaki ni. tak mahu bawa kereta. lebih secure tapi kena keluar modal sikit lah.

  • Aliya  says:

    Salam..naik tanyer ada pacat dengan lintah takk?

    • Junaidi  says:

      setakat yg saya naik tu tak der pulak pacat atau lintah. tak pasti. tapi kami xda yg cakap ada kena benda2 ni 🙂

  • geng  says:

    Bole tuan brief sikit x jalan nak ke starting point utk hiking? Kena naik ke puncak berinchang dulu ke? Terima kasih tuan.

    • Junaidi  says:

      ye betul mengikut laluan ke gunung brincang. Kalau dari brinchang ikut laluan ke Ladang Teh Boh Sg Palas. Ladang teh boh mengikut laluan ke kanan, gunung brincang laluan sebelah kiri.

  • geng  says:

    Tuan sekarang ni musim hujan, based on experienced tuan, sesuai x jika kami nak naik pada new year ni. Terima kasih tuan.

    • Junaidi  says:

      kalau tanya saya, saya akan elak kan aktiviti semasa musim tengkujuh. sebabnya aktiviti yg kita buat untuk bersenam dan berekreasi, jika ada risiko yg tinggi saya akan elakkan. lagipun laluan di Irau walaupun di musim kering agak lembab. Jika hujan saya percaya track akan terlalu basah dan berselut. sepekara lagi, jika hujan lebat, saya rasa laluan pendakian akan menjadi laluan air turun dari atas. so agak merbahaya. hati-hati.

  • albagubra  says:

    Bro.. planning to go there this weekend. Really need your favor to answer the following:
    1. Where is the starting point? Dekat teh Bih Sg. Palas ker?
    if you do have GPS coordinate, please share
    2. If I want to take guide, where and who should i refer to??

    Tq bro. Jasa Mu dikenang.

    • Junaidi  says:

      1. starting point saya tempoh hari di area BOH Sg Palas. jika turun bukit arah ke BOH adalah di sebelah kanan, kalau ke entrance gunung brincang sebelah kiri. ikut sebelah kiri. ada sign board.

      2. this one im realy cant help you cause im not using guider. btw i do saw a few people are waiting hikers at the entrace if they wanna used their services. but again i dont have any contact. maybe u can ask at the police station if you are reporting your activities. may be they can help you.

      thanks for hang out here and all the best. enjoy ur trip. irau sgt cantik 😉

  • linda  says:

    Hi, nak tanya.

    1- kalau plan nak nail 4×4, dimana kita nak oark kereta, dan dimana pula nak sewa 4×4 tu and harga?

    2- kalau tanpa guide, track dia memang sepanjang tu byk signage dan sukar utk sesat ya?

    Tq

    • Junaidi  says:

      iskk yg ni saya pun kurang pasti. tapi ada juga tanya2 geng2 yg kebetulan ada masa tu yg naik 4×4. kalau tak silap dalam RM30 dari brincang. kereta park di sana. di mana tu seingat saya diorang tanya di lobi hotel. lebih kurang macam tu lah. saya tak berapa nak pasti.

      bab sesat ni. pada saya kalau ikut denai yg sedia ada insyaallah ok. dan sepanjang track tu mmg ada sinage ketinggian dan jarak ke puncak/starting point. tapi hutan/gunung ni siapa boleh jangka. kalau tak oernah sampai tu boleh lah kut ikut geng2 lain yg mendaki. Irau ni time weekend mmg ramai. follow. dan jgn lupa bagi maklum di balai polis sebelum ke sana. incase lah kan..

  • yusaini  says:

    salam.. bang nak tanya, gambar2 abg ni guna lense apa ye?? mantap?

  • yusaini  says:

    mantap!!! tertekan question mark pulak… hahaha.. ingat nak bawa anak anak pi irau cuti school bulan 3 ni…

    • Junaidi  says:

      as salam. masa ni guna lens 17 35. ada member yg bawa 50mm so boleh lah nak tukar2 cadangnya. tapi bila dah penat tu.. nak tekan pun x larat hahaha. kalau boleh nak bawak compact jek. tinggal lagi semangat je mengendong benda2 berat nih. gambar biasa2 je tu. seronok2 🙂

      bulan 3 ni tak hujan kut. best juga tu. all the best bro. nanti kongsi lah cerita hihi

  • MUHAMMAD AKRAM BIN ANUAR  says:

    nice one

    • Junaidi  says:

      thanks bro.

      • nur  says:

        Salam…nk tnya, bas lepas tak utk naik ke starting point area BOH Sg Palas tu?

        • Junaidi  says:

          Assalam,
          pada pandangan saya- bas tak lepas. jalan telalu kecil untuk bas. tapi kalau dari jalan besar sampai ke simpang boh dan gunung brincang tu bas memang lepas. tinggal lagi untuk ke gunung brinchang aka starting point tu pada saya bukan untuk laluan bas.

  • nur  says:

    ooo….tq reply. Sorry nk tnya sikit lagi…kalau bas turunkan kami dari simpang tu untuk naik ke starting point area Sg Palas tu possible x? Agak2 perjalanan amik masa lama x utk naik dari situ ke starting point dgn bjalan kaki? tq

    • Junaidi  says:

      posible tu memang lah. tapi ni saya cerita saya lah ni ok. kalau saya lah. hiihihi saya tak sanggup. sbb kena mendaki ke gunung brincang tu walaupun ada jalan tar still juga mendaki. then lepas tu baru nak mula mendaki ke irau. tapi tu saya lah. sebab tu ramai yg bermula betul2 di gunung brincang tu. jimat masa dan tenaga. mungkin. tapi terpulang lah kan. ni pendapat peribadi saya je 🙂

  • nur  says:

    Ooo…mcm tu. Hihihi. Kami nk buat epidisi 1 hari ke sana dlm 30 org. Nak naik kreta @ 4×4 telan kos pulak sebab ramai kan. Thanks utk pndangan tuan. =)

  • Shu  says:

    Sangat mmberi semangat. Nk buat trip 4 org perempuan ke atas sana. Nak cari guide, xde plk kt intrnet. Jd, bakal terjah dulu. Incik… Nnt update plk hiking bukit raka. Rendah sikit. Kalau xyah pakai guide, nnt buat entry ya. Trimas! 😉

    • Junaidi  says:

      tq shu :). insyaallah kalau ada kelapangan nanti. kita tengok lagu mana hihiihi. 4 orang should be ok. lagi pun ramai ke sana. follow our hiking friend. semuanya ok tu 🙂

  • ken  says:

    hello junaidi,
    i just stumbled upon your blog and thought of writing to you to say hi as a fellow malaysian photo blogger.
    nice blog, nice content, bro.
    best regards,
    ken

  • max  says:

    assalam. nice pics bro. makin menambahkan semangat saya utk ke g.irau 4hb april nanti. t.kasih atas tip2 yg berguna.

    • Junaidi  says:

      thanks bro. suka2 kongsi saja bro. manatau boleh bantu. apa pun all the best 4hb nnt. go slow n ambil gambar bro. rugi penat2 tapi tak ambil gambar hahahhaha.

  • Mohd Alias  says:

    Salam…

    Macam mana saya hendak gabungkan tour Gunung Irau, Mossy Forest dan Ladang teh sungei palas?

    thanks.

    • Junaidi  says:

      assalam.

      kita akan melalui ladang teh boh sungai palas untuk ke gunung brincang yang juga terletaknya mossy forest. ramai yang keliru di mana sebenarnya mossy forest nih. yang papan tanda mossy forest tu adalah laluan masuk ke track gunung irau. sepanjang laluan ke irau adalah mossy forest sebenarnya. jika nak gabungkan kan tour, memang bos akan lalui semua lokasi untuk mendaki gunung irau.

  • Firdaus Yusof  says:

    salam bro. Saya nak tanya pasa 4wd. Camne nak booked dia yer. Ade contact no x? Ke main tunggu jer kat sana terus. Di harap dapat membantu. Terima kasih…

    • Junaidi  says:

      boleh call no ni – 017 9997790. harap dapat membantu 🙂

  • Niza Mahathir  says:

    Salam Bro Junaidi,

    saya plan nak naik this coming 1 Mei 2015. Baca kat blog2 hikers lain dok citer pasai forestry permit. Bro punyer entry lak xder mention pasal forestry permit. Kan gunung tu antara Perak dan Pahang. Kalo ada forestry permit mintak Jabatan Perhutanan Perak? or Pahang?…. tq tq

    • Junaidi  says:

      assalam..
      upss minta maaf saya tak tulih yer. hihihi. ok permit memang dikenakan kepada kawasan yg dilabelkan sebagai hutan simpan. kalau hutan rekreasi tak perlu permit. untuk gunung irau, permit boleh didapati di jabatan hutan pahang, sg. pauh kat cameron tu. itu kalau naik dari cameron lah. kalau try dari korbu tu boleh lah ambil di jab hutan kinta. ikutlah dimana kita naik. ada jugak yg naik ambil pakej. yg ni semua agensi la yg setelkan. lepas tu suka lah saya kongsi pendapat pasal permit nih. ada yg kata perlu ada yg kata tak perlu just police report pun ok dah. tapi setakat pengetahuan saya, dari segi perundangan – kalau nak naik irau ni mmg kena permit. saya pun baru je belajar2 pasal gunung nih 🙂 harap membantu.

  • Kulim Hiking Buddies  says:

    Hai encik junaidi, entry blog yang menarik dan saya sangat impress. By the way, saya dan team akan hiking gunung irau esok (22 april 2015). Harap semuanya lancar dan dipermudahkan. Terima ksih sekali lagi. Blog anda sangat membantu! two thumb ups bro!

    • Junaidi  says:

      terima kasih. maaf lewat reply. saya harap semua nya berjaya!!

  • Andy 2244  says:

    Assalam mualaikum tuan …
    Bnyak juga sy baca ttg persoalan bekenaan irau, terutama ttg:
    -Permit
    -Khidmat 4×4 ke mossy forest (starting point irau)
    -Khidmat Guide

    Permit:
    G.irau terletak dalam kawasan Hutan Simpan (bukan hutan lipur), jadi permit diperlukan utk memasuki kawasan ini.Blh di mohon di jbtan perhutan Raub Pahang(pjbt hutan kecil Cameron Highland TIDAK mengeluarkan permit )jadi pemohonan perlu dibuat awal sekurangnya 2-3 minggu sblm mendaki.

    KHIDMAT 4X4 :
    Kami sediakan khidmat ini dgn bayaran RM25perhead(return) .Kami ambil dari mana2 destinasi penginapan Homestay/hotel disekitar Tanah Rata atau Brincahng.

    KHIDMAT GUIDE:
    Kami juga menyediakan perkhidmatan guider ke semua gunung sekitar Cameron Highland.Khidmat guider kami juga BERLESEN dan pemegang kad TG(tourist guide) serta green badge level 2.Khidmat kami meliputi penyediaan:
    -permit perhutanan
    -laporan polis
    -nature guide
    -emergency kit (basic)

    Utk makluman umum, mossy forest ini blh di akess mengunakan kereta, cuma keadann jalannya tidak rata dan berlubang,akan tetapi MASIH selamat digunakan .
    Suka saya nasihatkan jika pendaki menjangkan akn memakir kereta hingga lewat malam,BERHATI-HATI kerana ada kes pecah kereta.Sama-sama kita ingat mengingati.

    Mohon ribuan kemaafan kepada tuan punya blog,dalam penerangan saya secara tidak langsung saya turut mengiklankan perkhidmatan yg ada di pihak saya.

    Saya ANDY menetap di Tanah Rata.
    Bernaung dibawah TEBING TINGGI BACKAPCKER ent.

    017-9997790
    whataps/sms/call

  • Andy 2244  says:

    .

  • akmal  says:

    Teringin nak repeat Irau.. tahun lepas pernah naik.. tapi naik mendaki dari gunung brinchang dulu.. then nak masuk irau separuh jalan kaki dah krem.. hadey.. next time nak terus masuk irau.. tapi view mmg terbaik.. yg tak baik tuh sbb dah pancit tahab gaban.. hehe..
    mmg kena ade training skit untuk masuk irau nih sebab udara yg sejuk akan cepat semput.. 🙂

    • Junaidi  says:

      hahahha.. gud luck bro.. mesti boleh punya. org muda 😉

    • latip  says:

      nice review dan imformatif. sy bercadang nak daki brinchang dan irau. tertarik dgn comment dr saudara akmal, just nak tanya kalau start nk daki mulai gunung brinchang dulu, trek dia bermula dari mana ye? perlu guide tak?

      • Junaidi  says:

        g brincang? rasanya dari persimpangan ladang boh. sepengetahuan saya, laluan mula ke irau adalah kemuncak g brincang. guide? kalau tgk komen kat bawah tu ada service guide yg posting. tapi sepengetahuan saya, irau tutup sampai nov atau dis ni.. tapi saya tak pasti. gud luck 🙂

  • ifa  says:

    subhanallah.. cantik nye gunung irau.. trima kasih encik sudi berkongsi pengalaman.. sy baru berjinak dalam aktiviti pendakian.. best sgt.. insya-allah ada rezeki nk ke irau.. encik ada team hiking ke?

    • Junaidi  says:

      sama2 ifa.. saya sharekan ciptaan tuhan supaya kita lebih hargai hutan kita. alam kita. saya ada je team hiking cuma kami ni bekerja tak tentu masa dan tak tentu masa juga kalau nak tracking..

  • zaid  says:

    Boleh ke naik gunung irau ni sorang2.mmg xde pengalaman naik sana.

    • Junaidi  says:

      boleh je kalau nak. tapi saya nasihatkan jangan lah sensorang, cuba carik kawan. incase apa2 senang. boleh tgk di hiking n camping malaysia facebook. ramai yg ke sana, tinggal lagi sekarang ni saya dengar irau closed for public sambil november. saya tak sure.. boleh confirmkan dengan pejabat hutan di cameron highland. harap membantu 😉

  • Emy  says:

    Salam bang, saya baru lepas baca blog abg. Saya dan kwn kwn naik daki gunung brinchang sabtu ni, mmg naik perlu permit ke? Kalau datang saja saja nak daki tak boleh ye bang? Harap reply 🙂

    • Junaidi  says:

      assalam. dik macam yg abg tulis n komen sebelum ni. utk masuk ke mana2 hutan bagi tujuan rekreasi mmg perlu permit. cuma ada juga yg redah saja.. tapi makluman polis tu abg rasa sangat sangat sangat penting. utk irau better check dulu, sbb dgr nya itau ditutup utk pendakian sebelum ni. tapi x sure sampai bila.. gud luck dik..

  • Emy  says:

    Oh tutup untuk daki ke bang? Kalau saya nak check, saya nak call siapa ye bang? Thanks tolong saya 🙂

    • Junaidi  says:

      boleh try no ni – 09-5732911.. saya mmg tak sure, buka atau tutup lagi track tu .. gud luck 😉

  • hasifi  says:

    trek irau clear x?

  • laila latip  says:

    memang best..rasa nak repeat naik lagi. Tapi, tolong jaga kebersihan..jgn buang2 sampah..botol2 air minuman..please

  • andynafiz  says:

    TEBING TINGGI BACKPACKER(add us on FB)
    MOUNT GUIDE SERVICE(licenced)
    Our service provide:
    -forestry permit
    -police report
    -nature guide licenced
    -emergency kit(basic)
    -walkie talkie
    -4×4 transport to trailhead irau

    (Also provide sunrise trip irau, start at 2am)

    CALL/WHATAPS/SMS
    ANDY
    017-9997790

  • Shahridz Asbi  says:

    Assalam, terbaik Tuan!!! Sangat2 cantik, lepas ni turn kami pegi dlm 16hb September ni, terima kasih diatas informasi yang sgt2 berguna seperti ini. All the best Tuan!!

    • Junaidi  says:

      maaf lewat reply.. so macam mana trip 16 September tu .. kongsi2 lah 😉 ..

  • rosnani haji abd rahman  says:

    Salam tuan pendaki.terima kasih kongsi cerita Irau.Pengalaman masing-masing tidak sama bila kita telah mendaki baru tahu betapa NIKMATNYA ciptaan Allah s.w.t di dunia ini.Cerita tuan dapat menghilangkan rasa rindu saya kepada Gunung Irau salah satu gunung KEGEMARAN saya di Semenanjung ini. Sama-sama kita jaga gunung-gunung di dunia ini. Semoga generasi anak cucu kita nanti bakal menikmati keindahan yang kita nikmati sekarang akan berkekalan. Teruskan minat mendaki jangan serik…

    • Junaidi  says:

      sama-sama kita puan.. semoga kita sama-sama jaga hutan kita..

  • Afiq  says:

    Askum bang..dari ladang teh boh sg.palas pergi ke starting point g.brinchang(mossy forest) ambil masa berapa lama?☺

    • Junaidi  says:

      assalam..
      kalau dgn kereta lebih kurang 5 minit macam tu .. tapi kalau jalan kaki.. tak sure lah

  • Mohamad Imran Ishak  says:

    Assalam’alaikum.

    Kawasan permulaan pendakian tu public transport lalu tak?

    • Junaidi  says:

      Assalam..
      Tak lalu.. boleh sewa jeep. ada service dari brinchang kut.. tak pun bawa kereta sendiri. cuma kena hati-hati lah

  • nadiya  says:

    bestnya blog ni..gambar lawa2 semua..
    trip saya on 8th july 2017..tak sabar plak rasanya..anyway tq for sharing ye!

    • Junaidi  says:

      most welcome.. 😉 all the best ya..

    • Abdul basith  says:

      Salam nadia korang naik 8hb julai ni.. Mohon permit x.. Ingat nk naik gak tarikh tu.. Pm na 0122444562

    • Mahzom  says:

      Macam mana pedakian nadia…berjaya sampai ke puncak irau ke..syabas

  • Aegidioz  says:

    Memang 1st class lah blog ni. Sekarang pun I nak naik gunung tu. Tapi lepas baca ni, belum nail pun dah penat. Assalam Junaidi, nak tanya sepanjang mendaki tu, ramaikah orang2 lain kumpulan yang naik bukit tu? Atau perjalanan selalunya lonely? TQ.

    • Junaidi  says:

      assalam, tq sbb singgah di blog cabok saya ni hihihihi. selalunya kalau kena masa, mmg ramai yg akan berada d trek tu. awal pagi mmg ramai. so boleh follow diorang, kena buat baik lah kan.. kita nak berkawan hihihi.. anyway selamat mencuba. tak rugi tau 😉

  • Aaron D'Costa  says:

    bro .. takyah permit kan?

    • Junaidi  says:

      sekarang kena permit bro.. actually dulu pun patut kena permit tapi.. tu la kan hihihi, tahap kesedaran tu kurang. tapi saya sarankan utk permit. sambil kita mendaki, sambil kita menyumbang utk hutan kita..

  • Andynafiz  says:

    TEBING TINGGI BACKPACKER(Fb)
    LICENCED MOUNT GUIDE
    WILL ARRANGE:
    -Forestry permit
    -Police Report
    -Nature Guide
    -Emergency Kit
    -4×4 Transport Service
    -walkie Talkie

    Also arrange night hike for sunrise attack

    Contact
    ANDY
    whataps/sms/call
    017-9997790

  • Naz  says:

    Salam… Gng Irau ni ada pacat tak

    • Junaidi  says:

      so far yang saya pergi tak pula jumpa pacat ..

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.