Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013

FAM2013Anugerah bolasepak Kebangsaan kembali setelah tamat saingan Liga dan Piala Malaysia. 7 kategori dipertandingkan untuk edisi kali ini. Penyertaan beberapa nama dari pasukan Lion XII FC merupakan antara pembaharuan yang boleh dilihat hasil daripada penyertaan mereka di dalam Liga Malaysia tahun ini.

Menarik dalam edisi anugerah 2013  adalah pengguguran beberapa anugerah sebelum ini seperti anugerah Persatuan Terbaik, Kelab penyokong terbaik dan Pengadil terbaik di dalam senarai yang dikeluarkan oleh FAM.

Majlis yang dirangka pada 23 November pada asalnya akan berlangsung pada 30 November di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor.

Saya tidak sabar sebenanya untuk mengetahui Kategori Most Valuable Player (MVP) yang telah diungguli oleh Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha – Johor Darul Takzim FC) semenjak 2011 dan 2012. Adakah 2013 juga bakal menjadi milik Mat Yo ? Saya menjangkakan Piya (Mohd Badhri Radzi – Kelantan) sebagai pencabar terdekat dan Mat Yo secara personal saya jangkakan bukan pemenang. Bagi Kategori Penjaga Gol Terbaik – Apek ( Khairul Fahmi Che Mat – Kelantan) dijangka bakal mengekal title untuk kali ke 3 berturut turut.

Berikut adalah jangkaan awal saya sebagai peminat marhaen bolasepak negara;

Kategori: Penjaga Gol Terbaik
Khairul Fahmi Che Mat – Kelantan

Kategori: Pertahanan Terbaik
Baihakki Khaizan – Lions XII FC

Kategori: Pemain Tengah Terbaik
Mohd Badhri Radzi – Kelantan

Kategori: Penyerang Terbaik
Norshahrul Idlan Talaha – Johor Darul Takzim FC

Kategori: Pemain Harapan Terbaik
Junior Edstal – Sarawak

Kategori: Ketua Juruatih Terbaik
Dollah Salleh – Pahang

Kategori: Pemain Asing Terbaik
Marlon Alex James – ATM

Kategori Most Valuable Player (MVP) Super Mokh 
Mohd Badhri Radzi – Kelantan

 

Senarai Penuh calon;

Kategori: Penjaga Gol Terbaik
Izwan Mahbub – Lions XII FC
Norazlan Ismail – Selangor
Khairul Fahmi Che Mat – Kelantan
Mohd Khairul Azhan Khalid – Pahang
Mohd Faizal Harun – ATM
Mohd Farizal Marlias – Perak

Kategori: Pertahanan Terbaik
Baihakki Khaizan – Lions XII FC
Mahalli Jasuli – Selangor
Azizi Mat Rose – Kelantan
Razman Roslan – Pahang
Jalaluddin Jaafar – Pahang
Amiridzwan Taj Tajudin – ATM

Kategori: Pemain Tengah Terbaik
Nurul Azwan Roya – Johor Darul Takzim FC
Mohd Badhri Radzi – Kelantan
R.Gopinathan – Pahang
Amirul Hadi Zainal – Pahang
Christie Jayaseelan – ATM
Joseph Kallang Tie – Sarawak

Kategori: Penyerang Terbaik
Shahril Ishak – Lions XII FC
Mohd Amri Yahyah – Selangor
Norshahrul Idlan Talaha – Johor Darul Takzim FC
Mohd Norfarhan Mohd – Kelantan
Mohd Azamuddin Akil – Pahang
Hairuddin Omar – ATM

Kategori: Pemain Harapan Terbaik
Nik Shahrul Abdul Halim – Kelantan
S.Sivanesan – Negeri Sembilan
Junior Edstal – Sarawak
Mohd Nasir Basharudin – Perak
Nazmi Faiz Mansor – Selangor PKNS FC
K.Reuben – ATM

Kategori: Ketua Juruatih Terbaik
V.Sundramoorthy – Lions XII FC
Bojan Hodak – Kelantan
Dollah Salleh – Pahang
B.Sathianathan – ATM
Robert Alberts – Sarawak
Ismail Zakaria – KL Sime Darby FC

Kategori: Pemain Asing Terbaik
Obinna Nwaneri – Kelantan
Dickson Nwakaene – Kelantan
Mathia Ruben Conti – Pahang
Marlon Alex James – ATM
Patrick Ronaldinho Wleh – Selangor PKNS FC
Karlo Primorac – KL Sime Darby FC

Senarai kategori akan diedarkan dan akan dipilih oleh semua Jurulatih dan Pengurus Pasukan Liga Super dan Liga Premier. Kategori Most Valuable Player (MVP) akan ditentukan melalui undian tertinggi daripada 6 Kategori yang telah dinyatakan di atas.

** Sumber pencalonan Kategori – fam.org.my

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.