Ucapan Selamat Hari Raya untuk anda

kad raya

Assalamualikum…

Sejak ramadhan ni jarang saya update.. hebt betul puasa kali ini… Syukur.

Menjelang Aidilfitri yang bakal menjelang.. saya ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada Isteri tercinta, anak² tersayang. Kalian lah penyeri hidup ini. I Love all of You, Terima kaseh atas segalanya.. Semoga kita akan berbahagia dunia dan akhirat. Amin … Kepada Mak dan Abah (walaupun tau depa dok baca blog nih) Selamat Hari Raya. Ampun dan maaf dari anakanda. Halalkan makan minum dan perit jerih ayahanda bonda. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik ayahanda bonda berdua. Kepada adik² yang dikasihi.Kepada Mak Mertua dan semua keluarga juga. Kepada keluarga di Seremban, di Melaka, di Penang, di Taiping dan Sabah – Selamat hari raya 🙂

Ucapan ikhlas ini juga saya tuju kan buat semua pensyarah Di FTSM UKM, pensyarah di UITM, Cikgu² di Sekolah Menengah Jelai, Sekolah Rendah Jelai, Sekolah KGV,  pensyarah di Ungku Omar, di PKB dan jugak semua guru² yang pernah mengajar saya. Saya doakan agar segala ramhat keberkatan untuk kalian. Amin.

Kepada rakan² seolah dulu.. kengkawan kampong.. yang sama² mandi sungai, yang sama² memancing – selamat hari raya geng. Jemputlah ke rumah raya nanti. Kepada rakan² yang telah pergi – ku hadiahkan al fatihah untuk kalian.. al fatihah ……

Kepada rakan² PKB, PUO, SMKJ, KGV, UKM dan UITM – terima kasih atas segala bantuan dan galakkan. Semoga persahabatan ini akan kekal selamanya.

Kepada kenalan di Kuala Lumpur, N9, Kelantan, Ganu, Pahang, di Melaka, johor, di perak, kedah, di penang, di sabah sarawak, kengkawan di pulau² di perairan malaysia. Selamat hari raya. Semoga raya kali ini membawa seribu erti untuk anda semua..

Kepada rakan² di luar negara sana . Di Rome, Dublin, Paris, Qatar, London, di Australia , di Indonesia, di Brunei, India – sapa suruh pi duk jejauh hehehehehe.. ucapan salam lebaran untuk anda semua. Kami di sini sentiasa mengingati anda semasa menjamah rendang dan lemang hehehehehe.

Kepada rakan setugas dan bekas rakan setugas di Jalan Semarak, Di Kiara, di Putrajaya. Selamat hari raya bos² semua.

Kepada seluruh persatuan Anak-anak Negeri Sembilan. Slamat Hari Ghayo. Maap Zahir Batin. Ado joki meh la datang umah. Cayang u olls hehehehehehe.

Kepada sahabat photo diseluruh malaysia. yang street, yang landscape, yang sport, yang  studio, yang lighting.. yang underwater, yang wanabe macam saya nih .. Selamat hari raya. FJ, Eddy, MD, Zul, Azrul, Jep, Tom, Joned, Cak, Reza, selamat hari raya boh semua. maaf zahir dan batin. semoga kita beroleh keberkatan. Amin.

Kepada sifu² photo – ramai saya nak sebut. terlalu ramai. ada antara yang selalu saya jumpa dan ada jugak yang jarang dan tak pernah jumpa. banyak saya belajar dari kalian. setidak nya dari cara bekerja dan gambar. saya belajar. saya ucapkan selamat hari raya semua SIFU. Saya doakan terbaik untuk semua.

Kepada customer, bakal customer dan jugak previous customer – Selamat Hari Raya 🙂

Kepada seluruh petugas media di Malaysia. Selamat hari raya aidilfitri.

Kepada Seluruh pengurusan persatuan sukan di Malaysia. Selamat hari raya.

Kepada Harimau Malaya .. aummmmmmm 🙂 selamat hari raya.

Kepada kariah surau – selamt hari lebaran. semoga segala amal mendapat perkenanNYA.

Kepada Nora Dannish .. Selamat Hari Raya U 🙂 ekekekekekekekekekek

DSC_9935a

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.