SPORT : Junior Eldstal

1

Junior Eldstal @ Putera Nadher Amarhan Maderner dilahirkan pada  16 September 1991 di Visby , Sweden. Mempunyai ketinggian 1.87 meter, kacukan Sweden dan Sabah yang kini bermain untuk pasukan Sarawak. Memiliki ketinggian dan kelajuan yang jarang sekali dilihat pada pemain tempatan. Bermain di bahagian tengah dan pertahanan, Junior Eldstal telah dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Malaysia oleh Dato K Rajagobal baru² ini. Penampilan sulung beliau adalah ketika menggantikan Shakir Ali ketika pasukan negara seri tanpa jaringan dengan pasukan kelab dari Thailand. Berkemungkinan beliau akan diturunkan pada perlawanan menetang Chelasea pada 21-07-2013 di Shah Alam dan juga bertemu Barcelona FC  pada 10-08-2013 di Bukit Jalil.

Pendapat peribadi berkenaan pemain ini – Semalam saya melihat bagaimana untuk pertama kalinya pemain ini bermain. Kepantasan dan ‘tegap’ adalah elemen menarik pada pemain ini. Larian yang saya kira laju dan kawalan bola yang tenang adalah antara kelebihan lain pemain ini. Cuma semalam saya tidak dapat melihat sendiri sepakan percubaan ke arah pintu gol lawan. Mungkin posisi Safee Sali perlu diberi cuba kepada Junior. Cuba sahaja untuk tengok samada boleh atau tidak .. Dan baru kita lihat bagaimana pula penyudah pemain tinggi lampai ini. Lagipun Safee atau penyerang lain dah senior, beri peluang kepada Junior 22 tahun ini untuk beraksi. Persoalannya adalah – sesuai atau tidak untuk posisi penyerang berbanding dari posisi asal sebagai defence middfield? Jawapan yang mungkin kita rungkai sekiranya permata ini diberi peluang.

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.