SPORT : Dato K Rajagobal – Malaysia 0 – 0 Chanburi FC

2

Amat mengecewakan. Itu gambaran keseluruhan permainan pasukan negara semalam. Nasib baik tiada siaran langsung. Pemain kelihatan tidak bersemangat. Mungkin keletihan berpuasa namun untuk bermain dibawah prestasi sebenar. Atau apabila bertemu dengan pasukan kelab adalah sesuatu yang kurang menyenangkan.

Mungkin juga moral pemain tidak berada dalam keadaan yang terbaik. Janji tak kalah. Mungkin. Pengurusan FAM perlu membawa perlawanan kelas A yang boleh meningkatkan keyakinan pemain. Perlawanan dengan pasukan gergasi EPL juga tidak salah. Selain mendapat untung, promosi Malaysia, ianya juga dapat memberi pendedahan kepada pemain dan pengurusan yang sudi atau lebih tepat lagi yang benar² nak belajar  dari pasukan yang telah berjaya seperti Chealsea dan juga Barcelona.

Pada masa yang sama, perancangan jangka masa panjang dan pendek untuk aksi perlawanan antarabangsa perlu diambil kira. Kalau perlu bayar jika hendak menentang pasukan yang lebih hebat – bayar lah .. kita mampu kut .. janji peluang itu digunakan sehabis baik.  Semua pihak kena kerjasama.. duk cari salah semua orang sekeliling tanpa mahu ambil tanggungjawab pun masalah jugak.. jadi kena lah rasional yer semua ..

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.