SPORT: Analisis Saya – JDT vs Kelantan

DSC_9192blog

Turun dengan gelaran juara bertahan, Kelantan menjadi pilihan saya sejak awal lagi untuk memenangi Piala FA tahun ini. Mereka merupakan pasukan matang yang telah lama bersama dan telah mengharungi susana pentas akhir beberapa kali termasuklah Piala FA dan Piala Malaysia. Dalam kebanyakan posisi, Kelantan dilihat lebih utuh berbanding JDT terutama sekali dibahagian pertahanan yang dikemudi oleh obinna. Dengan Shakir sebagai defence middfield dan perancang tengah Piya, Kelantan dilihat sangat konsisten. Dibahagian serangan, Fakri yang pernah menyarung jersi negeri sembilan, ternyata banyak perubahan. Larian dan kawalan bola yang boleh saya katakan meningkat hampir menghadiahkan Kelantan beberapa gol. Di bahagian serangan kelibat Nwakaeme banyak mengucar kacirkan pertahanan JDT yang kehilangan khidmat aidil zakuan akibat kad merah ketika bertemu temasik pada perlawanan liga sebelum itu. Apa pun prestasi piya malam itu memang tepat dengan gelaran pemain terbaik pentas final FA 2013. kawalan bola, ketenangan dan bijak mencari ruang menjadikan barisan tengah kelantan hidup. dengan prestasi seperti ini, piya amat wajar ke pilihan tetap skuad negara.

JDT turun selepas 15 tahun ketandusan piala. dengan sokongan penyokong mereka yang saya kira AMAT MENGKAGUMKAN, JDT sebenar mampu memberi cabaran lebih baik sekiranya keseluruhan skuad lebih bekerjasama. Pada pandangan saya jika JDT menang tempoh hari , dua buah Q7 yang dijanjikan bakal pulang ke Kelantan bersama Awe dan juga Mat Yo. Mereka berdua yang bersungguh berbanding yang lain. Nunez tidak menjadi walaupun beberapa peluang terhidang. Paling mengecewakan saya adalah kelibat Safee Sali yang ditukarkan tidak sampai separuh masa pertama. Alasannya kecederaan. Saya sebenarnya menantikan aksi Safee dipentas final selaku dengan gelaran penyerang terbaik negara. Safiq, walaupun cuba bergerak dibahagian tengah namun dalam kebanyakan gerakannya dapat dibaca oleh pertahanan kelantan. Anre francisco yang bermain cemerlang dalam separuh akhir kedua menentang pahang, turut diberita cedera sehingga dikeluarkan. Namun begitu penjaga gol JDT, Muhd Al Hafiz wajar diberi pujian kerana aksi cemerlang menafikan beberapa percubaan bahaya Kelantan.

Suasan perlawanan akhir kali ini sedikit berbeza dengan aksi balinga botol dan bendasing oleh penyokong sedikit kurang dari kebiasaan. Namun mercun masih berjaya diseludup masuk. Bahaya dan mungkin mengakibatkan kecederaan kepada penyokong sendiri, petugas kejohanan dan juga pemain di padang. harap peinat sedar implikasinya. kita selalu menuntut bolasepak negara menjadi lebih profesional namun diri kita sendiri masih ditakuk lama.

Tahniah Kelantan dan juga JDT.

Yang benar,
Wanabe 🙂

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.