Coach Rajagobal pula bakal berdepan FAM

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),  mendapati kenyataan Dato’ K Rajagobal menyalahi Artikel 88. Pengendali berusia 57 tahun itu yang mempertikaikan keputusan FAM membenarkan pemain import beraksi dalam Liga Malaysia (liga-M)ketika sidang media sejurus berakhir perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi 17 Mac lepas yang berkesudahan Malaysia tewas 1-4,  akan didakwa dalam masa terdekat.

Pada pendapat saya yang naif ni, FAM perlu mendengar dan belajar menerima kritikan. Isu Artikel 88 ni dah berlarutan lama. Dari kebanyakan kritikan yang dilemparkan, contohnya oleh Tan Sri Anuar Musa dan terbaru oleh Dato Seri Shahidan Kasim sebenarnya merupakan kritikan yang membina. Takkan lah kene cuit sikit dah siap nak guna artikel tu. Dan Coach Rajagobal seharusnya mempunyai alasan tersendiri. Kalau coach tak boleh nak komen, nanti esok lusa bila sidang media – nak suruh siapa komen ? nak suruh penaja rasmi komen ke hehehehehe atau nak suruh setiausaha agung FAM yang menjawab masa sidang media tu? takut media tanya pasal tektikal, dia jawab pasal benda lain pulak hehehehe….

Dan kalau lah ditakdirkan ada 5-6 orang key player yang komen dan tak kene di hati FAM, nak gantung mereka juga? dah lah kita ni tak kuat mana.. sikit² nak tunjuk kuasa.. Artikel 88 perlu dirombak.. ataupun perlu ada penambahbaikan .. bukan untuk siapa pun untuk kemajuan bolasepak negara juga.

RDP_7030 copy

 

2 comments to Coach Rajagobal pula bakal berdepan FAM

  • Eddy  says:

    hidup top 5 …

  • ahmad junaidi  says:

    sekadar pendapat peribadi jek eddy the gold master hehehehehehehe

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.