Wedding :: Zef + Farra

Assalamualaikum,

Entry kali ini adalah berkenaan dengan majlis pernikahan dan persandingan pasangan Zef & Farra yang berlangsung pada 24 Mac 2013 di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Sebenarnya saya tidak mengenali pasangan ini secara langsung. Hanya direkomen oleh sahabat saya Mazyana. Kami bertukar informasi memalui telefon. Mulanya memang lah risau juga, sebab tak pernah berjumpa dan deal secara terus namun dengan keramahan keluarga farra dan farra sendiri, saya tidak lah kekok sangat.

Wedding sebenarnya dah lama juga saya buat, namun sejak menyambung pelajaran ni, saya agak ‘memilih’ dalam menerima undangan untuk menjadi photographer perkahwinan. Bukan sebab saya ni demand ke apa ke , tapi sebab saya tak mahu lah kerana kesibukan pelajaran, saya menyusahkan pasangan yang memilih saya. Kalau anda seorang photographer perkahwinan anda mesti faham maksud saya. Kerja tidak habis selepas shoot even yang berlaku sebaliknya akan berlarutan ke penghasilan album dan editing. Ini sebenarnya yang memakan masa. Mungkin selepas saya tamat pengajian maka akan ada luangan masa .. jadi boleh lah shoot selalu .. tapi itu pun saya akan hadkan kepada 2 majlis sahaja untuk sebulan. Takut tak terkejar 🙂

Okeh berbalik ke majlis Zef dan Farra. Pasangan ini pada saya sangat ideal dan saya nampak keserasian mereka.  Zef agak senyap tapi bila dia mula bercakap saya tahu dia seorang yang periang begitu juga farra.

Kerja saya bermula dengan shoot persiapan farra di Pantai dalam dan seawal jam 1030 pagi kami telah berada di Masjid Negara untuk majlis pernikahan. Majlis berlangsung dengan penuh meriah dan BERKAT. Di Dewan utama solat mereka disahkan menjadi pasangan yang sah dengan 2 kali lafaz. Tahniah Zef & Farra.

Majlis santapan pulak berlansung di Dewan Utama Masjid Negara. Sebenarnya ini adalah kali pertama saya shoot di Masjid Negara, bukan kali pertama ke Masjid Negara tau hehehehehe.. upps sebelum terlupa bersama saya kali ini adalah master encik Eddy Syuhaizam. Pakar motivasi dan beladiri merangkap photographer tegar hehehehehehe.

RDP_2714

EDY_5199

EDY_5209

 

 

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>