Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Whatsapp Group Sekolah

Assalam. Selamat pagi. Selamat tahun baru.

Alhamdulillah anak² kita dah masuk darjah 3 tahun ni. Kiranya masuk tahun ketiga bersekolah 😊😊.

Saya just nak share pendapat sahaja. Mungkin pendapat saya salah. Saya mohon maaf..

Lepas ni, kalau ada kerja rumah, atau apa2 tugasan, keperluan, better tanya kan pada anak2 kita sahaja.. lets them learn.. Lets them try to ‘learn’..

Sebab saya duk perasan, ada ramai kalangan kita duk tanya (dulu masa darjah 1,2 ok lagi.. ni dah masuk darjah 3.. masih lagi ibu bapa yg tanya on behalf anak.. );

  • Cikgu, baju apa nak pakai?
  • Cikgu, hari ni ada kerja sekolah tak?
  • Cikgu, esok ada PJ tak?
  • Siapa yg dah siap salin BM tadi, boleh share tak..?
  • Math ada homework tak?
  • Pendidikan seni kena bawa apa ye ?
  • Cikgu, saya letak duit belanja dalam bag sekolah anak saya, incase dia tak ingat. tq cikgu

dan sebagainya lah..

Sekarang anak kita dah darjah 3. Biarlah mereka terima maklumat dan ‘belajar’.. mungkin niat kita mmg nak anak² mendapat yang terbaik tapi pada masa yang sama pernahkah kita terfikir yang cara kita ini mungkin anak ‘melembikkan’ anak kita di masa depan.. mereka adalah pewaris negara kita.. kita mahukan generasi berdaya tahan dan punya atitude yang baik..

Kalau mereka lambat salin, biarkan mereka usaha disekolah dan usaha dgn kawan2 mereka.. kalau kita masih encourage utk ada alternatif lain kalau x sempat salin, mereka akan terus lambat menyalin lepas ini..

Bab homework pulak, kadang2 bila kita mintak share ‘siapa dah siap’ tu, nampak macam seolah kita menolong anak kita meniru pula.. biarkan lah anak kita usaha sendiri..

Kalau cikgu cakap pakai baju pj, then mereka pakai baju sekolah sbb miss communication, tak pa.. kena marah, kena denda.. Takpa.. Atleast next time diorang akan ingat.. they learn & remember..

Kalau cikgu x bgtau apa barang seni yg kena bawak, tugas anak2 kita utk bertanya.. biarlah anak kita belajar..

Pendapat saya ini pendapat peribadi.. sbb kadang2 ada benda yg anak2 kita kena buat tanpa bantuan kita utk mereka belajar..

Maaf kalau pendapat saya ini tidak sama atau tidak sesuai dgn pandangan tuan/puan.. sebab kadang² cikgu pun naik menyampah nak layan kerenah ibu bapa yang agak renyah macam ni..

Selamat tahun baru masihi 2019 guys 😊😊

 

Love
Ayah

Read More

YABhg. Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi

Kalau hendak jadi penjawat awam, kemudian hendak bantu parti yang kita sokong maka itu tidak betul. Kita bukan ikut parti, tetapi kita ikut dasar kerajaan semasa yang berkuasa. Mesti faham perbezaan antara kerajaan dan parti yang mentadbir kerajaan.. – Tun Zaki/14 September 2018

 

Kalau hendak jadi ahli politik, jadilah ahli politik dan lepaskan jawatan sebagai penjawat awam.. – Tun Zaki/14 September 2018

 

Penjawat awam tidak boleh berkempen untuk kegunaan mana-mana parti politik menggunakan aset dan kekuatan kerajaan untuk kepentingan parti tertentu. Ini salah. Perkara ini banyak berlaku dahulu. Ianya salah.. – Tun Zaki/14 September 2018

 

Penjawat awam perlu berani dalam menyatakan perkara yang benar. Segala yang  dibuat perlu berlandaskan undang-undang. Ini sangat penting. Jika menteri tidak faham berkenaan perkara ini, nasihati mereka. Maklumkan perkara yang boleh dan tidak. Ianya perlu dilakukan dengan teliti.. – Tun Zaki/14 September 2018

 

Bagi saya yang penting bos kena turun padang.  Bos kena selalu tahu perjalanan sebenar organisasi. Mereka kena tahu apa yang berlaku di bawah.. – Tun Zaki/14 September 2018

 

Kerajaan boleh melaksanakan dasar pemberian maklumat atau ‘whistleblowing’ supaya kes salah laku dalam kalangan sektor awam dapat ditangani dengan lebih efisyen serta memastikan Intergriti kekal pada tahap tertinggi.. – Tun Zaki/14 September 2018

 

Dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang ke-6 pada Oktober 2008 sehingga September 2011 dan bersara 4 tahun kemudian. Beliau telah berjaya mengurangkan kes-kes tertangguh sebanyak 70% di semua peringkat yang telah mempercepatkan sistem pengadilan.

 

Biodata Tun Zaki

Yang Amat Berbahagia Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi dilahirkan pada 12 Sept 1945 di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star; Sekolah Menengah Anderson, Ipoh dan English College (kini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, London dan Barrister-at-Law pada 1969. Beliau merupakan anak bekas Ketua Hakim Negara pada tahun 1966 sehingga 1974.

Tun Zaki pernah berkhidmat di Jabatan Peguam Negara dari Disember 1969 sehingga 1970 dan kemudian dilantik sebagai majistret di Kuala Lumpur. Pada tahun 1971, beliau memegang jawatan sebagai Presiden Mahkamah Sesyen di Ipoh, Perak. Tun Zaki juga pernah berkhidmat sebagai Peguam Persekutuan di Bahagian Penggubalan. Pada tahun 1976 pula, beliau telah dilantik Peguam Kanan Persekutuan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Tun Zaki dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang ke-6 pada Oktober 2008 sehingga September 2011 dan bersara 4 tahun kemudian. Tun Zaki juga telah menulis sebuah buku bertajuk “No Nonsense” yang telah diterbitkan pada 8 September 2017. Kini beliau dilantik menjadi Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd (AMH); Pro Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); dan Canselor Multimedia University dan Mahsa University.

( Sumber KPDAG – Thanks Safwan)

Read More

Anak

Imam al-Ghazali mengingatkan:

إعلم أن الطريق في رياضة الصبيان من أهم الأمور وأوكدها والصبي أمانة عند والدين وقلبه الطاهر جوهرة نفسية سادجة خالية عن كل نفس و صورة وهو قابلة لكل ما نفش مائل إلي كلما بمال به إليه ونعود الخير وعلمه نشأ عليه وسعد في الدنيا والأخرة.

… Ketahuilah, melatih anak-anak itu termasuk urusan penting dan menentukan. Anak kecil itu adalah amanat bagi kedua orangtuanya. Hati anak yang (masih) suci itu seperti mutiara yang indah, halus, dan bersih dari setiap lukisan yang menggoresnya. Jiwa anak tersebut condong pada sesuatu yang dibiasakan kepadanya. Jika anak itu tumbuh dalam pembiasaan kepada kebaikan dan ajaran kebaikan, niscaya jiwanya tumbuh pada kebaikan dan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Semoga semua anak-anak ayah dilindungiNYA dunia dan akhirat. Semoga semua anak-anak menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Semoga anak-anak ayah menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, berjaya dunia kahirat, menjadi insan sentiasa dirahmatiNYA.. Amin..

Love
Ayah

 

Read More

Disagree

Big world
Says he wants to see the light for once,
Well maybe if you try

It’s so sad
Babe don’t look so sad
I’ve got it wrong today

*crumbs*

Love
RD

Read More

Undilah

Ingatlah walau apa pun terjadi, Malaysia ini tetap negara anda.
Tak kira lah siapa pun anda. Ia negara kita.
Mari kita mengundi. Malaysia perlukan kita semua.

Read More

Alam & Manusia

Some people talk to animals. Not many listen though. That’s the problem.

Read More

Ice Cream

Why kids tired of eating broccoli? they expecting it to taste like ice-cream and I guess ice cream is one of those things that are beyond imagination

Read More

On the Top

I’ve realised that at the top of the mountain, there’s another mountain.




There is only one happiness in this life, to love and be loved. Life isn’t about finding ourself, its is about creating ourself.

 

Love
RD

Read More

Permission..

 

I don’t need a permission to being their world. they are the best thing i got happening in this world. and they don’t need my permission to be my soul..

 

Read More

3 Hari

Memang seminggu kita ada 7 hari tapi hakikatnya, kita hanya ada 3 hari sahaja. Hari SEMALAM – perkara yang telah lepas. Yang boleh kita jadikan iktibar, tauladan dan pedoman. Hari ESOK, yang mungkin kita tak jumpa, tak tahu apa yang berlaku dan hari INI adalah miliki KITA untuk semua, untuk persediaan hari ESOK dan seterusnya..

Assalamualaikum sahabat, Salam Jumaat semua

Love
RD

Read More